Home K - Pop Kenali Anak-Anak Bintang Kshow, ‘Now,Follow Me!’

Kenali Anak-Anak Bintang Kshow, ‘Now,Follow Me!’

0

Buntu memikirkan cerita apa yang patut ditonton bulan ni?! Bosan menonton kdrama atau kmovie? Mari sini nak cerita pasal Kshow yang menarik untuk tontonan semua, Now,Follow Me!  yang kini bersiaran di Viu Malaysia! Apa yang menarik mengenai kshow ini? Jom baca sinopsis dan kenali juga anak-anak kepada bintang kshow ini.

variety show korea now follow me sub indo viu 2

Kshow ini menampilkan empat selebriti yang bakal melawat ke kawasan-kawasan pedalaman dan menyelesaikan misi yang ditugas kan kepada mereka. ‘Dad, Follow Me Now’ menampilkan Yoon Min Soo & Yoon Hoo, Lee Dong Gook & Lee Jae Si, Choo Sung Hoon & Choo Sa Rang dan Lee Jong Hyuk & Lee Joon Soo. 

Yoon Min Soo & Yoon Hoo 

Yoon Min Soo yang merupakan penyanyi dan juga personaliti television Korea Selatan bakal beraksi dalam kshow ini dengan anak lelakinya yang comel dan memiliki iras muka seperti beliau, Yoon Hoo.

1577732583 79779038 145111583589208 8627062547008440331 n

Terdahulu, Yoon Min Soo telah mengejutkan netizen dengan memuatnaik gambar bersama anak lelakinya ini yang lebih tinggi daripada beliau. Terdahulu, mereka berdua pernah tampil dalam satu foto pada tahun 2013 untuk K Wave dan ketika ini Yoon Hoo masih kecil dan comel. Kini, segalanya berubah seiring dengan waktu, dan Yoon Hoo telah membesar dengan sihat. Persamaan muka antara anak dan ayah ini hampir sahaja mengelirukan netizen dalam foto yang dimuatnaik di Instagram tersebut.

1577743075 yoonminsoo

Lee Dong Gook & Lee Jae Sik 

Bekas pemain bola sepak Korea Selatan ini yang pernah muncul dalam siri The Return of Superman, kini kembali bersama dengan anak perempuan nya untuk beraksi dalam rancangan varieti ini.

unnamed

Lee Jae Sik yang lahir pada tahun 14 Ogos 2007 dan kini sudah berusia 15 tahun bakal melakukan misi bersama-sama dengan ayahnya dalam kshow ini. Kecantikan yang dimiliki oleh anak kepada bekas pemain dunia ini tidak dinafikan apabila pernah menggemparkan netizen selepas gambar milik beliau tersebar di laman sosial Twitter, dimana beliau mengenakan baju t-shirt panjang dan topi serta melepaskan rambut yang panjang bersinar. Ketika itu usia beliau masih 13 tahun, tetapi kelihatan cantik dan matang, mungkin juga mewarisi kecantikan ibunya yang juga bekas Miss Korea.

Choo Sung Hoon & Choo Sa Rang

Siapa yang tidak kenal dengan bintang The Return of Superman yang pernah mencuri hati hampir kesemua rakyat serata dunia ini! Kini, gandingan anak dan ayah ini bakal kembali semula selepas sekian lama menyepikan diri daripada dunia hiburan. Choo Sung Hoo bakal bergandingan dengan Sarang yang sudah besar dan cantik!

choo sung hoon 1393385833 af org

Choo Sa Rang bagaimanapun sudah pun memulakan persekolahan nya di Jepun. Beliau sudah pun berusia 11 tahun sekarang dan ternyata Sarang masih lagi kelihatan comel seperti penampilan beliau dalam Kshow popular, The Return of Superman! Bagi peminat Sarang, wajib untuk mereka menonton ‘Dad, Follow Me Now’ untuk melihat perbezaan dan kematangan Sarang dahulu dan kini!

allkpop 1663904562 20220922 choosunghoon

Lee Jong Hyuk & Lee Joon Soo

Nama Lee Jong Hyuk tidak asing lagi dalam industri Korea ini, beliau merupakan pelakon legend yang sudah membintangi pelbagai filem/kdrama dan pernah memegang beberapa watak utama ketika penampilan beliau dalam filem/kdrama.

Lee Jong Hyuk bakal tampil dalam ‘Dad,Follow Me Now’ dengan anak lelaki beliau, Lee Joon So. Ternyata, paras rupa yang kacak dan penampilan yang menarik semestinya diwarisi daripada ayah beliau yang boleh digelar sebagai pelakon legend. Sebelum ini, beliau pernah terlihat di beberapa majlis dan juga rancangan televisyen.

unnamed 1

Wah, bukan main cantik dan kacak betul anak-anak kepada bintang selebriti ‘Dad, Follow Me Now’ ni! Semestinya rancangan ini bakal menjanjikan keseronokan untuk para penonton memandangkan mereka berpeluang untuk menyaksi keserasian anak dan ayah dalam menyelesaikan tugas-tugas atau misi-misi yang diberikan selain daripada meluangkan masa bersama-sama. Untuk itu, jangan lupa saksikan kshow ini hanya di aplikasi Viu Malaysia. Klik di link tersebut untuk playlist kshow ini!

Baca artikel terdahulu: Super Junior Kyuhyun Mahu YG & JYP Menjadi Syarikat Yang Berjaya- Ini Sebab Yang Kelakar