Home Entertainment “Budak Baru Nak Up…” -Ningning Aespa Buat Hal Dengan Peminat Sampai Netizen...

“Budak Baru Nak Up…” -Ningning Aespa Buat Hal Dengan Peminat Sampai Netizen Kutuk di Twitter

0

“Muka je cantik,tapi kurang ajar!” itu antara reaksi daripada netizen yang kecewa dengan tindakan Ningning Aespa ketika di Minggu Fesyen Paris, baru-baru ini.

unnamed 2

Dalam sebuah hantaran di Twitter, sebuah klip video menunjukkan Ningning yang merupakan ahli kumpulan Aespa sedang berjalan menuju ke kereta dengan mengenakan busana ‘mini dress’ hitam mewah dengan rambut diikat kemas. Ningning sudah pasti berjaya mencuri tumpuan peminat yang menghadiri Minggu Fesyen Paris tersebut. Di dalam video itu, peminat kelihatan sedang menjerit nama Ningning tetapi dia tidak memberi reaksi selain berjalan menuju ke kereta. Di dalam video itu, netizen turut tertanya-tanya dengan tindakan Ningning yang dilihat menutup telinga selepas peminat menjerit-jerit namanya.

Bagaimanapun, pengguna Twitter yang lain membantah pendapat tersebut dengan memberitahu bahawa video itu mungkin telah disunting menyebabkan hanya paparan itu yang terlihat di laman sosial tersebut.

Susah betul la jadi artis ni, buat salah sikit je kena kritik… bertabah ya…

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Selepas Rain, Aktor Jo Jung Suk Dituduh Jalani Hubungan Dengan Pemain Golf Professional