Home Entertainment Selepas Rain, Aktor Jo Jung Suk Dituduh Jalani Hubungan Dengan Pemain Golf...

Selepas Rain, Aktor Jo Jung Suk Dituduh Jalani Hubungan Dengan Pemain Golf Professional

0

Agensi Jo Jung Suk menafikan bahawa aktor yang sudah berkahwin itu memiliki hubungan dengan pemain golf professional seperti yang diwar-war kan di laman sosial.

Pada 6 Oktober lalu, Jam Entertainment telah memberi respons kepada pertuduhan tersebut yang menuduh aktor Jo Jung Suk bermesra dengan seorang pemain golf. “Pertuduhan itu tidak benar, tidak masuk akal yang aktor itu berhubungan dengan seseorang yang dia tidak pernah jumpa dan spekulasi telah pun diubah-ubah sehingga kelihatan seperti cerita betul.”

Agensi turut menambah, “Pelakon Jo Jung Suk tidak memiliki mana-mana kenalan perempuan yang bermain golf, malah tidak pernah bersua muka.” Jam Entertainment akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan tuduhan tersebut.

Jo Jung Suk telah berkahwin dengan Gummy pada tahun 2018. Kesian aktor ni, tak pasal-pasal kena tuduh ada hubungan…

c974ac7a6b2b40ac89b9683a4f3cd149.jpeg

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Dia Memang…”-Khabar Angin Rain Curang Wanita Ini, Agensi Tampil Beri Respons