Home Entertainment Song Hye Kyo, Lee Min Ho Artis Kegemaran Dunia

Song Hye Kyo, Lee Min Ho Artis Kegemaran Dunia

0

Bintang K-drama Song Hye Kyo dan Lee Min Ho adalah pelakon wanita dan lelaki terkemuka Korea yang menjadi kegemaran dunia, menurut satu tinjauan baru-baru ini.

Lee Min Ho dan Song Hye Kyo membuktikan diri mereka masih relevan walaupun ramai pelakon muda muncul dalam industri seni Korea Selatan.

IMG 6593

Baru-baru ini dua pelakon berbakat besar ini telah terpilih sebagai pelakon Korea Selatan yang paling diminati dan digemari di dunia melalui sebuah tinjauan dan undian yang dilakukan. Lee Min Ho dan Song Hye Kyo menjadi pelakon lelaki dan pelakon wanita dari Korea Selatan yang paling digemari di dunia.

Kedua-dua pelakon hebat ini menduduki tangga pertama dalam sebuah tinjauan global daripada pelbagai negara.

Tinjauan tersebut dijalankan selama satu bulan dengan melibatkan 25,000 orang peserta yang berusia diantara 15 hingga 59 tahun. Tinjauan yang memerlukan pendapat setiap peserta tersebut dikenali sebagai ‘2023 Hallyu Survey’, dilakukan di 26 buah negara dari 5 buah benua.

Dijalankan oleh Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) dari 11 Nov. 2022, hingga 9 Dis. 2022, “2023 Hallyu Survey” melibatkan 25,000 peserta berumur antara 15 dan 59 dari 26 negara berbeza: China, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, Malaysia, India, Vietnam, Kazakhstan, Australia, Kanada, Mexico, Brazil, Argentina, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Rusia, Turki, Arab Saudi, Afrika Selatan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Hasil tinjauan menunjukkan bahawa Lee Min Ho merupakan pelakon lelaki Korea Selatan yang paling digemari dan diminati dengan mendapat undian 9.1 peratus. Sejarah menunjukkan bahawa ini merupakan kali kelima pelakon yang kini berusia 35 tahun itu menduduki tangga pertama dalam senarai tersebut.

IMG 6596

Lee Min Ho yang mula-mula menjadi terkenal selepas membintangi “Boys Over Flowers” pada 2009, dilaporkan sedang menjalani penggambaran musim kedua siri Apple TV+ “Pachinko”. Dia baru-baru ini menamatkan penggambaran untuk K-drama “Ask the Stars,” yang turut dibintangi oleh Gong Hyo-jin.

Sementara itu, Song Hye Kyo muncul sebagai pelakon wanita Korea Selatan yang paling digemari dengan mengutip 2 peratus undi sekaligus mengalahkan pelakon-pelakon wanita lain yang turut tersenarai. Dia juga berada di tangga keempat dari keseluruhan senarai pelakon lelaki dan wanita Korea Selatan yang paling diminati di dunia.

IMG 6595

Song Hye Kyo yang membintangi K-drama hit Netflix “The Glory,” sudah mempunyai projek lain. Pelakon “Descendants of the Sun” sedang bekerjasama dengan Han So Hee (“The World of the Married,” “Nevertheless,” “My Name”) untuk drama siri “Price of Confession” akan datang. Diarahkan oleh Shim Na-yeon, Song dan Han akan memainkan dua wanita yang terjerumus ke dalam kes pembunuhan yang mengerikan.

Nama-nama terkenal lain diletakkan pertama dalam kategori lain tinjauan KOFICE.

Pelakon kacak Gong Yoo berada di tangga kedua untuk gelaran pelakon Korea Selatan paling diminati di dunia dengan mendapat undian sebanyak 2.7 peratus.

IMG 6597

Manakala tempat ketiga untuk kategori keseluruhan pelakon Korea Selatan yang paling diminati ialah pelakon kacak Hyun Bin dengan jumlah undian sebanyak 2.4 peratus.

IMG 6598

Untuk kategori penyanyi/ kumpulan yang paling diminati dan digemari pula, tangga perrtama diraih oleh BTS dengan undian yang besar iaitu 31.3 peratus. RM, V, Jungkook, Jin, Suga, J-Hope dan Jimin mengalahkan Blackpink yang berada di kedudukan kedua dengan undian sebanyak 10.8 peratus.

IMG 6599

Selain itu terdapat juga kategori lain seperti K-drama yang paling diminati di seluruh dunia. Kdrama yang paling diminati di seluruh dunia adalah drama siri Netflix iaitu ‘Squid Game‘ yang mendapat undian sebanyak 11.3 peratus.

IMG 6600

Kategori filem pula menyaksikan filem ‘Parasite‘ terpilih menjadi filem Korea paling diminati di dunia dan diikuti ‘Train To Busan‘ di tempat yang kedua.

Baca Lagi: 11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee

Baca Juga: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession

Turut Baca: Song Hye Kyo dicalonkan, Song Joong Ki pula tersingkir daripada senarai calon Anugerah Seni Baeksang ke-59

Baca Lagi: Perkara Menarik Lee Min Ho Ramai Yang Tidak Tahu

Baca Juga: Han So Hee Membawa Watak LGBT+ Dalam Filem Terbarunya