Home Entertainment Han So Hee Membawa Watak LGBT+ Dalam Filem Terbarunya

Han So Hee Membawa Watak LGBT+ Dalam Filem Terbarunya

0

Filem LGBTQ+ Han So Hee Bakal Ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Jeonju

4 hari yang lepas, Festival Filem Antarabangsa Jeonju ke-24 mendedahkan filem-filem yang dipilih di bawah ‘Persaingan Korea’. Festival filem ini berlangsung dari 27 April 2023, sehingga 6 Mei 2023.

Festival tahunan ini terkenal kerana memperkenalkan filem bebas dan eksperimen serta memfokuskan pada kursus alternatif seni filem kontemporari dan ia didedikasikan untuk mempamerkan filem sulung atau filem cereka tahun kedua pengarah dari Korea.

Baca Lagi Artikel: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession

Salah satu filem yang bakal dipilih adalah filem terbaru pengarah Yoon Soo Ik Heavy snow menandakan kepulangannya selepas berehat selama sepuluh tahun dan menceritakan kisah dua gadis yang meningkat dewasa dan meneroka persahabatan dan cinta.

Dua rakan sekolah menengah itu berkongsi pelbagai emosi semasa mereka mengembara antara Gangneung dan Seoul dan jatuh cinta. Filem ini akan berfokus untuk menggambarkan emosi yang dirasakan oleh kedua karakter yang dilakonkan oleh Han So Hee dan Han Hae In.

6C5033D7 AA09 4E1F B3D4 5C254CF62A1F

Selain filem ini, sejumlah 12 filem, termasuk Flowers of Mould, From You, Unidentified, A Tour Guide, Night Walk, Sugung-The Underwater Palace, Warm Welcome, Regardless of Us dan Small Fry, yang akan ditayangkan.

Han So Hee, pelakon Korea yang terkenal dengan kemahiran lakonan yang luar biasa, bersedia untuk mempamerkan sisi lain dirinya dalam filem Girls Love (GL) akan datang, “Heavy Snow.”

Ini adalah kali pertama Han So Hee membintangi film romantis tentang pasangan sesama jenis. Sebelumnya dia digandingkan dengan sejumlah aktor dalam drama Korea yang dibintanginya. Salah satunya Nevertheless, My Name, dan Soundtrack #1.

0A135431 D4C3 434A AB11 8B4696BF555ATapi Han So Hee sentiasa berani dalam pilihannya dan tidak takut untuk mempamerkan sisi luar biasa dirinya. Kesediaannya untuk mengambil projek yang meneroka topik seperti jantina dan seksualiti mencabar pandangan konservatif yang lazim dalam masyarakat Korea.

Kini penampilan Han So Hee dalam filem lesbian Heavy Snow menjadi perbincangan di media sosial. Ramai dikalangan peminatnya yang terkejut mengetahui Han So Hee digandingkan bersama wanita dan melontarkan komen-komen berbaur kekecewaan tidak ingin menonton filem tersebut. Dalam masa yang sama, ada juga yang menerimanya.
34BE3512 A7A5 4590 8674 C4278F9E4778

Han So Hee memulai penggambaran filem bernuansa LGBT itu pada 2019. Ia mula didedahkan setelah Han So Hee memuatnaik gambar bersama seorang wanita dan sedang berbaring di pantai. Tiga tahun setelah itu, pada Disember 2022, teaser pertama film Heavy Snow akhirnya rasmi ditayangkan.

Dalam teaser, tampak Han So Hee sedang merayu teman wanitanya di sebuah kelab malam. Han So Hee juga saling berpegangan tangan dengan teman wanitanya sambil berbaring di atas salji.

50DE3EE4 637A 4076 9EAB F67361EB1D15 B0107D97 13C0 48BC BD04 F236B5571E2B

FBA4064C B4F5 4705 8F93 B3C779EEB407

Apakah pendapat anda sebagai peminat Han So Hee?

Baca Juga Artikel: 11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee