Home News 9 Kdrama Menarik Lakonan Park Sang Nam

9 Kdrama Menarik Lakonan Park Sang Nam

0

Nama Park Sang Nam meledak-ledak selepas pelakon bergaya itu membawa watak sebagai malaikat maut dalam drama siri The Heavenly Idol yang sememangnya menjadi kegilaan ramai peminat setia drama siri dari Korea Selatan!

Selain Heavenly Idol, pelakon tampan ini juga turut berlakon dalam banyak siri lain. Semua drama siri lakonannya wajib ditonton kerana mempunyai jalan cerita yang sangat menarik.
Dalam drama siri Heavenly Idol tersebut, Park Sang membawa watak sebagai malaikat maut yang menyamar sebagai pengurus kumpulan muzik Wild Animal.

Park Sang Nam memulakan debut sebagai model video muzik lagu nyanyian TaeiK yang berjudul I’ll Tell U pada tahun 2015. Sudah melibatkan diri dalam dunia seni sejak 8 tahun lalu, Park Sang Nam telah banyak membintangi drama Korea.

Baca Lagi: 5 Kdrama Saeguk Lakonan Lee Se Young

Berikut merupakan senarai drama siri yang pernah dibintangi oleh Park Sang Nam:

E9F9C739 F14F 4970 963F 04FCEF2B24FC

1. Pada awal debut, Park Sang Nam tampil sebagai cameo dalam drama Age of Youth (2016). Dia membawa watak sebagai seorang barista.

4DD7147C 6585 471B B85E 8CE11C7A12772. Menjadi mahasiswa yang bekerja sambilan di beberapa tempat , Park Sang Nam terjerat cinta tiga segi dengan rakan sekuliah dalam web drama No Time For Love (2018).

CDE1F2AB BB6B 4924 97CD 194693CE13673. Dalam web drama Stranger Kim (2019), Park Sang Nam dan Jeon Hye Yeon berusaha menghentikan virus yang mula tersebar kes seluruh dunia.

B9153D36 A186 4402 B3C9 2257DE23DB5C4. Bergenre slice of life romantik, Park Sang Nam menjadi pelakon utama dalam web drama Twenty Twenty (2020) bersama Han Sung Min dan Kim Woo Seok.

CD31D8D5 D421 49DF B553 80A219E067385. Park Sang Nam melakonkan karakter dewa yang memberi kesempatan untuk mengisi kekosongan yang ada pada setiap catatan takdir manusia dalam drama siri Scripting Your Destiny (2020).

327C7425 17CA 4FE3 BCE5 155173B0E3276. Park Sang Nam dan Nam Gyu Ri menjalin hubungan dalam drama siri You Are My Spring (2021). Dia membawa watak sebagai ahli kumpulan muzik KPop yang dikenali sebagai Patrick.

DD4EA619 B3CB 4587 86D2 6074073431A87. Park Sang Nam membuat penampilan istimewa dalam drama siri Rookie Cops (2022) sebagai teman kepada Chae Soo Bin.

C80AD157 42D7 40A3 B3BE 0D70EC9EDFF98. Dalam drama siri Military Prosecutor Doberman (2022), Park Sang Nam adalah bintang idola yang menyebar dan merakam video haram sewaktu bergaul dengan kawannya.

0E7243C9 9F5E 48CA 9135 03AA54A278079. Manakala dalam drama The Heavenly Idol (2023), Park Sang Nam menjadi malaikat maut yang menyamar sebagai pengurus sebuah kumpulan muzik Wild Animal.

Park Sang Nam mampu menarik perhatian penonton dengan kehebatan lakonannya dalam pelbagai drama siri yang tersenarai di atas. Dari kesemua sembilan drama siri di atas, anda paling suka watak Park Sang Nam yang mana satu?

Baca Juga: Han So Hee Membawa Watak LGBT+ Dalam Filem Terbarunya