Home Entertainment Sinopsis Filem Horror “Para Betina Pengikut Iblis”, Tayang di Netflix 16 Jun...

Sinopsis Filem Horror “Para Betina Pengikut Iblis”, Tayang di Netflix 16 Jun Ini

0

Filem Seram Indonesia Terbaru 2023, “Para Betina Pengikut Iblis”. Kisah Mengerikan 3 Perempuan Berubah Jadi Budak Syaitan, Tayang di Netflix pada 16 Jun 2023.

Filem seram Indonesia terbaru “Para Betina Pengikut Iblis” yang dikhabarkan menjadi viral dan jadi perbincangan hangat di media sosial Indonesia ketika tayangan perdananya pada 16 Februari lepas, kini boleh ditonton oleh pengguna penstriman Netflix yang dijadualkan pada Jumaat, 16 Jun ini.

Para betina pengikut iblis

Filem “Para Betina Pengikut Iblis” merupakan filem seram produksi Falcon Black, diarahkan oleh Rako Prijanto sekaligus menjadi penulis skenarionya bersama dengan Anggoro Saronto.

Ia dibintangi oleh sederetan bintang muda dari Indonesia yang terdiri daripada Mawar de Jongh, Hanggini, Sara Fajira, dan Adipati Dolken

IMG 0894

SINOPSIS

“Para Betina Pengikut Iblis” berkisar tentang tiga orang perempuan yang memutuskan untuk menggadaikan iman mereka kepada iblis demi membalas dendam.

Dimana diceritakan seorang perempuan bernama Sumi yang menjaga ayahnya Karto yang telah uzur dan tidak berdaya dari segi kesihatan.

Demi kelangsungan hidup dan agar dapat merawat sang ayah untuk bertahan hidup, dia membuka kedai makan gulai daging yang dibuat dari daging manusia, dari mayat yang baru dikubur, yang masih segar.

IMG 0900 IMG 0904

Sementara itu, warga kampung tiba-tiba dihebohkan dengan khabar seorang anak perempuan bernama Ningrum (Anindya Arioni) hilang. Akhirnya anak perempuan tersebut ditemukan tapi dalam keadaan tidak bernyawa di kaki bukit.

Kondisi menyayat hati Ningrum tidak berhenti di situ. Keesokan harinya, mayat Ningrum hilang dari kuburan dan didapati kuburanya telah dibongkar.

Ningrum ternyata adalah adik kepada Sari (Hanggini), bekas dukun teluh yang telah bertaubat. Namun kerana tidak dapat menerima dengan kondisi adiknya, Sari berniat menggunakan ilmunya kembali dan membalas dendam terhadap pelaku yang menyebabkan kematian adiknya.

IMG 0901 IMG 0902

Di tengah kekalutan warga atas ancaman yang bakal tiba, terdapat perempuan lain bernama Asih (Sara Fajira) yang memiliki berbagai keinginan duniawi.

Demi mendapatkan keinginan itu, Asih rela untuk melakukan apapun, termasuk bersekutu dengan iblis. Sang iblis selalu datang tepat waktu kala menjemput kekalutan para manusia dan melakukan berbagai manipulasi.

Sementara itu, Sari kembali menjadi dukun dan mengancam penduduk desa, kerana adik perempuannya, Ningrum dibunuh dan jasadnya hilang dari kubur. Mereka dihasut dan menjadi budak setan.

Ketiga perempuan tersebut ialah Sunmi, Sari, dan Asih, akhirnya menjadi budak setia dan mengabdikan diri mereka kepada iblis untuk memenuhi keinginannya masing-masing di dunia.

IMG 0897

SENSOR 21 TAHUN KE ATAS

Media Indonesia turut melaporkan bahawa filem “Para Betina Pengikut Iblis” ini telah mengundang rasa ketidakselesaan dan kontroversi selepas trailer rasminya dikeluarkan sebelum tayangan perdananya pada 16 Februari lepas.

IMG 0896

Ini adalah kerana trailer yang ditunjukkan ternyata terdapat beberapa adegan “gore” penuh darah dan aksi-aksi mencengkam yang dilakonkan oleh ketiga bintang utamanya.

”Para Betina Pengikut Iblis” itu kemudian diklasifikasikan hanya untuk penonton 21 tahun ke atas.

Jika anda peminat filem seram dari tanah seberang ini, pastikan anda tidak terlepas dari menonton filem “Para Betina Pengikut Iblis” pada 16 Jun ini hanya di platform penstriman Netflix ya!

Baca lagi: 100 Pelakon Lelaki Korea Paling Kacak

Baca juga: 10 Pilihan Filem Seram Terbaik Tahun 2023

Baca lagi: 4 Filem Seram Menemui Peminat Pada Jun 2023