Home Entertainment 10 Pilihan Filem Seram Terbaik Tahun 2023

10 Pilihan Filem Seram Terbaik Tahun 2023

0

Mencari filem seram terbaik?

Tidak dinafikan filem seram memang mempunyai kumpulan peminat tersendiri

Filem seram terbaik

Tidak semua peminat filem boleh menonton filem seram kerana mereka tidak menyukai suasana dan perasaan yang menakutkan, sebab itu lah filem seram ini istimewa di hati peminat setia mereka yang boleh menonton dan melayan jump scare yang kadang-kadang membuatkan jantung seperti hampir terhenti!

Tahun 2023 juga dihiasi dengan bermacam-macam filem seram yang berjaya membuatkan para penonton sesak nafas buat seketika. Bukan hanya dipenuhi dengan aksi “jump scare” yang berjaya meramas jantung, beberapa filem seram juga turut menghidangkan adegan sadis penuh dengan darah.

Jom sama-sama kita lihat senarai 10 filem seram terbaik dan menarik untuk tahun 2023 setakat ini:

1. Sudah bosan dengan penampilan cute dan comel, Winnie dan Piglet beralih kepada watak ganas dan menyeramkan dalam filem Winnie The Pooh: Blood and Honey. Menakutkan!

2. Tidak hairanlah jika Evil Dead Rise dinobatkan sebagai filem seram terbaik untuk tahun 2023. Filem ini penuh dengan jump scare dan adegan berdarah yang mengerikan

3. Bayangkan anda bertemu iblis yang boleh mengalahkan seorang pastor? Seram bukan? Iblis yang sukar untuk ditewaskan! Anda wajib menonton filem seram The Pope’s Exorcist!

4. Sebuah percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis berakhir dengan tragik, Infinity Pool menceritakan tentang pasangan yang mendapat gangguan yang mengerikan di sebuah pulau terpencil. Sangat mencemaskan!

5. Satu lagi filem seram terbaik ini yang bertemakan ajaran sesat ini menampilkan adegan dan babak sadis penuh darah dan juga kisah kerasukan yang mengerikan. Masih mahu menonton Consecration?

6. Apa akan terjadi jika anak anda dirasuk oleh iblis yang kemudian menganggu seluruh
keluarga anda? Jom terus tonton There’s Something Wrong with the Children

7. Membuatkan bulu roma merinding! Filem Craving menceritakan tentang sekumpulan penagih dadah yang dikepung oleh makhluk misteri yang hauskan darah. Jantung lemah jangan tengok ya!

8. Salah sebuah filem yang memang menyeramkan untuk tahun 2023 ini, filem Indonesia yang disutradarai oleh Kimo Stamboel berdasarkan cerita viral berjudul sama karya SimpleMan. Sewu Dino akan membuatkan jantung anda berdebar-debar dan peluh menitik laju dengan gangguan sihir dan iblis yang menakutkan! Mungkin ini juga akan menjadi filem seram terbaik dari Asia untuk anda!

9. Film seram-scifi, Unwelcome, juga akan membuatkan anda histeria dengan keganasan makhluk goblin yang ingin membunuh sepasang suami isteri di Ireland. Wajib tonton!

10. Filem yang digarapkan oleh pengarah filem Hereditary, filem Beau Is Afraid juga akan menyajikan adegan keganasan dan seram yang akan membuatkan anda tidak berani untuk tidur sendirian! Seram!

Dalam banyak-banyak genre, filem seram memang mempunyai ramai peminat dan pengikutnya! Anda yang belum menonton filem-filem yang kami senaraikan ini wajib menontonnya! Selamat menonton!

Baca Lagi: 5 Filem Seram Korea Untuk Ditonton Sambil Menunggu “The Ghost Station”

Baca Juga: 10 Filem Terbaik Seram Klasik Makhluk Mengerikan