Home Entertainment 10 Pilihan Filem Aksi Terbaik 2023

10 Pilihan Filem Aksi Terbaik 2023

0

Filem aksi sememangnya selalu menjadi genre paling popular untuk setiap tahun

Begitu juga dengan tahun 2023, pada tahun ini nampaknya memang banyak syarikat produksi yang melepaskan filem filem aksi yang telah berjaya meraih kejayaan besar. Melihat begitu banyak pilihan yang tersedia, pasti membuatkan anda sukar untuk memilih filem aksi terbaik untuk tahun ini.

Jangan bimbang! Kami sudah menyediakan rangkuman beberapa filem aksi terbaik untuk tahun 2023 yang wajib anda tonton. Jom sama-sama kita lihat pilihan filem aksi terbaik 2023 seperi di bawah ini:

Filem aksi1. Sesuai dengan tajuknya, filem 65 menceritakan tentang seorang juru terbang angkasa yang terdampar di planet Bumi pada 65 juta tahun yang lalu. Wow! Ngeri!

2. Apakah yang akan terjadi jika anda mempunyai seorang ibu yang diam-diam mempunyai kerjaya sebagai seorang pembunuh upahan? Jom tonton Kill Boksoon!

3. Filem ini adalah filem yang ditunggu-tunggu oleh para peminat setia Keanu Reeves. Filem John Wick: Chapter 4 lebih fokus pada kisah balas dendam John terhadap High Table

4. JUNG_E menceritakan tentang keadaan bumi yang tidak lagi selamat untuk didiami akibat perubahan iklim. Perkara tersebut menyebabkan timbulnya perebutan kuasa dan kawasan. Memang padu!

5. Para peminat Bruce Willis wajib menonton filem Assassin! Dalam filem ini, Bruce Willis membawa watak sebagai seorang anggota tentera rahsia. Babak aksi memang sangat menarik!

6. Filem Hypnotic bakal membuatkan anda tergamam dan terpegun dengan aksi seorang detektif yang mencari anak perempuannya yang hilang. Ben Affleck pun ada!

7. Para peminat setia Marvel ini adalah untuk anda! Pada tahun ini, Marvel akan menyajikan kisah dari musuh ketat Spiderman dalam filem Kraven the Hunter

8. Anda wajib menonton aksi Jason Statham sewaktu dia menghentikan penjualan senjata haram dalam filem Operation Fortune. Adegan aksi untuk filem ini memang antara yang terbaik!

9. Filem aksi Plane menceritakan tentang seorang juru terbang yang terperangkap di zon perang dan dituntut untuk melakukan pendaratan kecemasan pada waktu yang sangat mencemaskan!

10. Suka dengan tema penculikan? Cuba metonton filem Korea iaitu Bargaining yang menceritakan tentang kisah diplomat Korea dijadikan tebusan di Afghanistan. Sangat mencemaskan!

Demikian sahaja beberapa cadangan filem aksi terbaik 2023 yang memang menarik dan bakal membuat jantung anda berdegup kencang! Jangan lupa menonton ya!

Baca Lagi: Kdrama 2023: 8 Mangsa Politik & Aksi Balas Dendam

Baca Juga: Benarkah Jennie Blackpink Dieksploitasi Menjadi Simbol Seks Dalam siri “The Idol”?