Home Entertainment 4 Filem Seram Menemui Peminat Pada Jun 2023

4 Filem Seram Menemui Peminat Pada Jun 2023

0

Bulan Jun bakal menyaksikan beberapa filem seram dari seberang dan Hollywood menggegar pawagam

Peminat filem seram pasti tidak sabar-sabar dan sudah mencari hiburan dengan suasana seram dengan menonton filem seram seperti ini. Agak lama juga tidak menonton filem seram dari Indonesia yang memang terkenal selalu berjaya membawa nuansa seram dan gelap di setiap ceritanya.

Jom sama-sama kita lihat senarai filem seram terbaru dari Indonesia dan Hollywood yang ditayangkan pada bulan Jun ini dan wajib ditonton oleh para peminat filem seram:

 

Filem seram1. Sosok Ketiga

Sosok Ketiga merupakan filem seram yang dibintangi oleh Celine Evangelista dan Samuel Rizal. Dalam filem ini, Celine melakonkan watak sebagai Yuni yang menyukai suami sahabatnya sendiri yang bernama Anton (Samuel Rizal). Anton merupakan suami sahabat Yuni yang bernama, Nuri (Erica Carlina)

Demi untuk mendapatkan Anton, Yuni rela menggunakan sihir pengasih hingga Anton jatuh hati kepadanya. Bukan hanya itu, Yuni juga telah merebut suami sahabatnya sendiri. Oleh kerana mereka tidak mempunyai zuriat, Nuri akhirnya mengizinkan Anton mengahwini Yuni dengan syarat, Anton perlu berlaku adil.

Sayangnya, ternyata Anton melebihkan Yuni dalam segala hal, Nuri diabaikan. Ditakdirkan ketika Yuni hamil dan bermulalah gangguan serta perkara mistik yang menyeramkan selepas itu. Filem ini bakal ditayangkan pada 22 Jun 2023.

cb1836fb 19cc 44fb 9e5c a12c196e07712. Spirit Doll

Membuka hari pertama pada bulan Jun 2023 ini adalah filem Spirit Doll yang dilakonkan oleh Anya Geraldine. Anya Geraldine membawa watak sebagai Dara yang merupakan seorang pelakon wanita yang digelar “Ratu Seram”. Dara menyepikan diri daripada dunia seni keraja satu kejadian tragik yang telah menimpa keluarganya.

Sewaktu Dara kembali ke dunia seni lakon, dia kerap menemui anak patung yang disyaki merupakan roh anak perempuannya iaitu Embun yang meninggal dunia akibat sebuah kemalangan di hadapan rumah mereka. Anak patung inilah yang dijadikan sebagai spirit doll.

52a5efb8 02a1 4f41 8e3b 70debfa94d1d3. Kutukan Sembilan Setan

Kutukan Sembilan Setan merupakan filem yang menceritakan tentang sekumpulan sahabat iaitu Verdy, Sarah, Devon, Miko dan Lia yang bercuti ke Gunung Bromo bersama-sama.

Mereka menyewa sebuah villa yang lama dan usang dengan harga yang sangat murah. Villa ini merupakan villa pilihan Devon. Sebelum mereka menginap, kawan-kawan yang lain merasa ragu dan curiga dengan villa tersebut kerana keihatan agak menyeramkan.

Ternyata, dugaan mereka semuanya benar belaka. Selama menginap di villa tersebut, mereka kerap dihantui ketakutan. Mereka terpaksa tetap menginap di villa itu sampai berakhirnya percutian mereka di Bromo. Filem ini dibintangi oleh artis terkenal Indonesia seperti, Fandy Christian, Ajil Ditto, Denira Wiraguna dan juga Joshua Suherman.

7bf605e1 82ce 43a8 8305 1a78f669cd684. The Boogeyman

The Boogeyman mengisahkan tentang pasangan adik beradik iaitu Sadie Harper (Sophie Thatcher) dan adik perempuannya Sawyer (Vivien Lyra Blair) yang bersedih dan bersuka atas kematian ibu mereka.

Saat kehilangan ibu, mereka sangat menginginkan perhatian yang lebih daripada ayah mereka iaitu Will (Chris Messina). Namun sayangnya, sang ayah tidak ambil peduli terhadap anak-anak. Lebih menyeramkan kerana adik beradik ini sedang dihantui oleh Boogeyman. Boogeyman yang merupakan sosok hitam yang kerap muncul di almari. Ternyata, Boogeyman telah mengintai Sawyer sejak dulu.

Baca Lagi: 7 Filem Original Netflix Tayang Pada Jun 2023

Baca Juga: 10 Pilihan Filem Seram Terbaik Tahun 2023