Home Entertainment 7 Filem Original Netflix Tayang Pada Jun 2023

7 Filem Original Netflix Tayang Pada Jun 2023

0

Film original Netflix merupakan filem yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton. Setiap bulan, tajuk-tajuk baru terus bertambah sehingga para penonton tidak menang tangan memilih.

Pada bulan Jun 2023, beberapa buah filem baru bakal menemui anda, termasuk Extraction 2 yang sudah lama dinantikan.

Berikut ini merupakan tujuh buah filem Original Netflix terbaru yang ditayangkan bermula Jun 2023. Jom sama-sama kita lihat:

1. Extraction 2 (2023)

da26aee8 6681 41db ae6b e48438d162d4Chris Hemsworth kembali membawa watak sebagai Tyler Rake dalam Extraction 2, sekuel daripada filem aksi blockbuster Netflix iaitu Extraction. Setelah selamat daripada peristiwa yang boleh meragut nyawa dalam filem pertama, Tyler Rake kembali sebagai anggota tentera upahan operasi gelap Australia.

Dia ditugaskan dengan misi berbahaya yang lain iaitu untuk menyelamatkan keluarga gangster Georgia yang kejam daripada penjara tempat mereka ditahan. Filem garapan pengarah Sam Hargrave ini akan ditayangkan di platform streaming Netflix mulai 16 Jun 2023 nanti.

2. Take Care of Maya (2023)

d0cac9de 87e9 49d5 8cba 1ab73889f028Filem dokumentari ini menampilkan kisah Maya Kowalski. Pada 2016, ketika baru berusia sembilan tahun, dia dirawat di Hospital Kanak-Kanak Johns Hopkins. Ternyata dia dan keluarganya tidak bersedia untuk menghadapi dugaan yang akan mereka hadapi.

Ketika pasukan perubatan cuba memahami dan mengkaji penyakit aneh dan sangat jarang ditemui yang dideritai oleh Maya, mereka mula mempersoalkan latar belakang keluarga Kowalski untuk memahami lebih lanjut sejarah perubatan dan genetik keluarga tersebut.

Siapa sangka, tiba-tiba Maya berada dalam tahanan negara. Kisah keluarga Kowalski akan mengubah sisi pandangan kita terhadap rawatan kesihatan anak-anak. Filem dokumentari ini akan ditayangkan di Netflix pada 19 Jun 2023 yang akan datang.

3. Missed Connections (2023)

12a6bbe8 a9d9 43c4 83b8 b749509dc8cfMissed Connections merupakan filem drama romantik Filipina arahan pengarah Jelise Chung. Menceritakan tentang seorang wanita yang baru sahaja menempuh pengalaman menemui seorang jejaka tanpa sengaja dan kenangan itu tidak dapat dilupakan.

Lalu, wanita ini menggunakan aplikasi untuk mencari pemuda yang baru ditemuinya itu. Namun, benarkah pemuda itu yang sesungguhnya dicari? Filem ini ditayangkan di Netflix pada 2 Jun 2023.

4. Through My Window: Across the Sea (2023)

c74bafe5 d6ea 4401 9320 5c4c383b0171Filem drama komedi romantik Sepanyol ini merupakan sekuel Through My Window (2022). Diarahkan oleh Marcal Fores, filem ini kembali lagi menampilkan kisah cinta Ares dan Raquel. Ares sambung belajar di Stockholm. Dia dan Raquel menjalin hubungan jarak jauh, pelbagai dugaan dihadapi untuk mempertahankan hubungan mereka.

Ketika musim panas tiba, akhirnya Ares dan Raquel bertemu lagi. Perpisahan yang lama dan orang-orang yang mereka temui selama itu akan menguji apa yang mereka anggap sebagai ikatan yang tidak akan mampu dipisahkan. Filem ini akan ditayangkan di platform streaming Netflix pada 23 Jun 2023 yang akan datang.

5. King of Clones (2023)

2d5d245f fb26 4292 9828 1dbe0e518476Dari penyelidikan sistem klon manusia hingga kejatuhan yang memalukan, filem dokumentari ini menceritakan kisah seorang saintis Korea iaitu Hwang Woo Suk. Dia terkenal setelah berjaya membuat klon untuk lembu dan juga khinzir.

Pada tahun 2002, Hwang Woo Suk memulakan penyelidikan klon manusia dan bergabung dengan Moon Shinon Yg iaitu seorang doktor. Kolaborasi mereka membuahkan hasil kerana pada tahun 2004 mereka mendakwa telah berjaya melakukan klon ke atas embrio manusia, dengan potensi untuk menyembuhkan beberapa penyakit. King of Clones akan ditayangkan di Netflix pada 23 Jun 2023 ini.

6. The Perfect Find (2023)

NetflixThe Perfect Find merupakan filem komedi romantik yang diarahkan oleh Numa Perrier. Filem ini diadaptasi daripada sebuah buku dengan tajuk yang sama karya Tia Williams. Menceritakan tentang Jenna Jones yang pada usia ke empat puluh tahun telah membuat perubahan karier.

Dia terjun ke dunia jurnalisme kecantikan. Jenna kemudian mengetahui bahawa kawan karibnya, Darcy, adalah pegawai atasannya. Tidak lama selepas itu, Jenna memulakan hubungan dengan anak lelaki Darcy, iaitu Eric, yang bekerja sebagai pereka video syarikat. Filem ini akan ditayangkan di Netflix pada 23 Jun 2023 yang akan datang.

7. iNumber Number: Jozi Gold (2023)

6928fb4f 1ce5 4c77 88f9 1f255434f8bdiNumber Number: Jozi Gold merupakan filem aksi jenayah dari Afrika Selatan. Filem ini diarahkan oleh Donovan Marsh. Menceritakan tentang seorang anggota polis yang ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes rompakan emas di Johannesburg.

Dalam penyamarannya, polis itu mengalami pelbagai cabaran dan konflik diri yang sulit antara mengikuti kata hatinya atau tetap mematuhi arahan. Filem ini akan ditayangkan di Netflix pasa 23 Jun 2023 yang akan datang.

Tujuh filem Original Netflix yang tersenarai di atas akan menenui anda di Netflix pada Jun 2023. Daripad genre aksi hingga genre komedi, filema manakah yang menarik perhatian anda? Nantikan tayangannya tidak lama lagi!

Baca Lagi: 10 Pilihan Filem Seram Terbaik Tahun 2023

Baca Juga: 10 Pilihan Filem Aksi Terbaik 2023