Home Entertainment 13 Kdrama Yoo In Soo, Tukang Onar Di “The Good Bad Mother”

13 Kdrama Yoo In Soo, Tukang Onar Di “The Good Bad Mother”

0

Yoo In Soo telah muncul dalam 13 kdrama sejak debutnya?

Yoo In Soo yang juga membintangi kdrama baharu 2023 “The Good Bad Mother” ini, merupakan drama siri slice of life terbaru JTBC yang telah berjaya mencuri perhatian ramai!

Kisah drama siri ini tertumpu tentang kasih sayang ibu tunggal yang mendidik anak lelakinya dengan terlalu keras. Anaknya pula membesar dengan menyimpan dendam terhadap pembunuh bapanya dan bernekad untuk membalas dan menuntut keadilan ke atas segala kesengsaraan hidup keluarganya selama ini.

IMG 9695

Drama siri ini yang turut ditayangkan di Netflix menampilkan Ra Mi Ran, Lee Do Hyun, Ahn Eun Jin, dan Yoo In Soo sebagai pelakon utama. Mereka telah memberikan persembahan lakonan yang sangat memukau.

Salah satu watak yang sangat mencuri perhatian dalam drama siri The Good Bad Mother ini adalah Yoo In Soo yang membawa peranan sebagai Bang Sam-shik, si pengacau dan pembuat onar di kampung. Dia telah jatuh cinta dengan Mi-joo (Ahn Eun Jin) sejak kecil dan juga merupakan kawan sejak zaman kanak-kanak Kang Ho (Lee Do Hyun).

Selain The Good Bad Mother, pelakon berusia 24 tahun ini ternyata telah berlakon di beberapa drama. Yoo In Soo hampir tidak pernah melepaskan peluangnya untuk berlakon drama walaupun hanya sebagai watak pembantu sejak debutnya.

Nama Yoo In Soo makin bersinar ketika dia membawa peranan sebagai Yoo Gwi Nam dalam drama siri zombi bertajuk “All Of Us Are Dead”, seorang pelajar sekolah menengah yang nakal, tukang onar dan kaki buli di sekolah sebelum dia akhirnya digigit oleh zombi dan mengubahnya menjadi zombi yang sangat ganas dan paling digeruni.

Sudah pasti anda ingin tahu apakah drama-drama siri lain yang telah dibintanginya kan? Berikut 13 Kdrama yang turut dibintangi oleh Yoo In Soo:

1. Strong Woman Dong Bong Soon

Yoo in soo

Yoo In-soo debut pada 2017 dalam drama Korea ‘Strong Woman Dong Bong Soon’, yang dibintangi Park Hyung-sik dan Park Bo-young. Drama ini mengisahkan Dong Bong-soon, seorang wanita yang memiliki kekuatan super.

Yoo In-soo berperanan sebagai Kang-goo, pelajar sekolah menengah nakal yang suka membuat onar dan membuli rakan sekolah lain.

2. School

Yoo in soo

Pada tahun yang sama, dia juga telah berlakon dalam drama ‘School 2017’. Drama yang dibintangi Kim Se-jeong, Jang Dong-yoon, dan Kim Jung-hyun ini bergenre komedi romantik tentang pelajar sekolah yang bergelut dengan masalah kehidupan. Yoo In-soo membawa peranana sebagai pelakon pembantu bernama Min-joon.

3. While You Were Sleeping

IMG 9699

Pelakon kelahiran 25 Mac 1998 ini juga mempunyai peranan kecil sebagai pelakon jemputan dalam drama ‘While You Were Sleeping’ (2017). Dia melakonkan sebagai teman Seung-won. Yoo In-soo hanya tampil dalam episod 17-19 sebagai pelakon jemputan sahaja.

4. Avengers Social Club

IMG 9701

Nampaknya tahun 2017 menjadi tahun sibuk Yoo In-soo kerana dia juga melakonkan watak pembantu sebagai Kyung-bok, teman Seo-yun di Sekolah Menengah Saebit dalam drama Avengers Social Club. Drama ini mengisahkan tiga wanita yang membentuk kelab untuk melancarkan balas dendam kepada orang-orang yang menyakiti mereka.

5. Sweet Revenge

IMG 9704 scaled‘Sweet Revenge’ (2017) merupakan drama yang diadaptasi dari webtoon ini bertemakan komedi romantik fantasi pelajar sekolah menengahi. Yoo In-soo kembali membawa karakter pelajar nakal bernama Choi Il-jin yang suka membuli kawan-kawannya.

6. My ID is Gangnam Beauty

IMG 9705Pada tahun 2018, pelakon yang berkelulusam dari Seoul Arts College ini menbawa peranan kecil sebagai pelakon jemputan bernama Park Nae-sun dalam drama ‘My ID is Gangnam Beauty’. Drama yang dimainkan oleh Cha Eun-woo, Im Soo-hyang, dan Jo Woo-ri.

7. Mama Fairy and the Woodcutter

IMG 9707

Dalam drama “Mama Fairy and The Woodcutter” (2018), Yoo In-soo melakonkan watak sebagai pelajar kepada Profesor Jung. Kisah drama ini diadaptasi dari cerita rakyat lagenda Korea Selatan.

8. Moment at Eighteen

IMG 9710 scaled”Moment at Eighteen’ (2019) adalah drama yang mengisahkan konflik remaja bernama Choi Joon-woo yang ketika itu baru berusia 18 tahun. Dalam drama ini, Yoo In Hoo membawa peranan sebagai Yoo Pil-sang. Karakter Yoo Pil-sang dalam drama tersebut adalah seorang remaja yang degil dan angkuh.

9. Stranger 2

IMG 9711

‘Stranger 2’ (2020) merupakan sekuel dari ‘Stranger’ yang mengisahkan tentang penyiasatan kes keatas kehilangan hakim secara misteri yang bernama Seo Dong-jae. Dalam drama ini, Yoo In-soo membawa peranan sebagai Seung-joo, remaja yang nakal dan degil.

10. At a Distance, Spring is Green

IMG 9725

‘At Distance, Spring is Green’ (2021) mengisahkan kehidupan beberapa remaja Universiti yang penuh konflik. Di sini Yoo In-soo kembali membawa peranan antagonis sebagai pelajar bidang “Business Administration” bernama Oh Chun-gook. Karakter tersebut suka menindas dan menyebarkan gosip, padahal dia seorang pengecut.

11. All of Us Are Dead

IMG 9720

Drama siri Korea Netflix, ‘All Of Us Are Dead” (2022) berhasil menyajikan kisah zombi yang menegangkan. Drama ini diangkat dari webtoon popular karya Joo Dong-geun. Mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang terperangkap dalam situasi mengerikan.

Mereka harus berjuang antara hidup dan mati untuk menyelamatkan diri dari serangan zombi di sekolah mereka.

Melihat lakonannya yang mantap dan menyakitkan hati sebagai karakter antagonis, tidak hairanlah pelakon yang pernah bercita-cita menjadi atlet pelumba lari ini berhasil membawakan watak Yoo Gwi-nam. Yoo Gwi-nam dalam ‘All of Us Are Dead’ menjadi sangat jahat setelah berubah menjadi zombi.

12. Alchemy of Souls

IMG 9714

“Alchemy of Souls” yang dibintangi oleh Lee Jae-wook, Jung So-min, Go Youn-jung, dan Hwang Min-hyun ini adalah tentang kisah-kisah ahli sihir muda yang berurusan dengan langit dan bumi. Tampil berbeza dalam drama ini, Yoo In-soo membawa peranan sebagai Park Dang-gu, salah satu watak protagonis disamping watak-watak utama lain.

13. The Good Bad Mother

IMG 9695 Dalam “The Good Bad Mother” (2023) ini, Yoo In Soo yang membawa peranan sebagai Bang Sam-shik, si pengacau dan pembuat onar di kampung. Dia telah jatuh cinta dengan Mi-joo (Ahn Eun Jin) sejak kecil dan juga merupakan kawan sejak zaman kanak-kanak Kang Ho (Lee Do Hyun).

PROFIL RINGKAS YOO IN SOO
IMG 9722
  • Nama lengkap: Yoo In Soo
  • Tanggal lahir: 25 Mac 1998
  • Umur: 24 tahun
  • Tinggi badan: 184 cm
  • Pendidikan: Yeongdeungpo High School, dan Seoul Arts College
  • Agama: Kristen Protestan
  • Agensi: Management Koo
  • Akaun Instagram: @k.a_innsoo

Sebelum terjun ke dunia lakonan, Yoo In Soo seorang yang aktif dalam sukan olahraga sebagai pelumba lari sehingga ingin menjadikan sukan olahraga sebagai kariernya. Namun sayang sekali, dia harus melupakan cita-citanya itu setelah mengalami kecederaan yang cukup serius.

Baca Lagi: The Good Bad Mother: 11 Watak Pembantu Mencuri Perhatian

Baca Juga: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini