Home Entertainment Kim Dong Wook Akui Merasai Kesakitan Kliennya Dalam ‘Delightfully Deceitful’

Kim Dong Wook Akui Merasai Kesakitan Kliennya Dalam ‘Delightfully Deceitful’

0

Drama baru kali ini, kami bawakan kepada anda sebuah drama yang bertemakan tentang psikologi antara dua watak utama iaitu Kim Dong Wook dan Chun Woo Hee.

Kim Dong Wook baru-baru ini baru sahaja muncul dalam drama yang bertemakan time travel iaitu ‘My Perfect Stranger.’ 

Kali ini dia berjaya memegang satu lagi watak utama dalam drama terbaru Delightfully Deceitful, di mana dia bergandingan dengan pelakon wanita, Chun Woo Hee.

Screenshot 2023 06 14 074319

Delightfully Deceitful merupakan drama yang bertemakan tentang psikologi. Drama 16 episod ini telah mula ditayangkan di Viu pada 29 Mei yang lepas dan akan tamat pada 18 Julai 2023. 

Drama yang ditayangkan pada setiap hari Selasa dan Rabu di Viu ini mengisahkan tentang balas dendam yang mendebarkan tentang penipu genius Lee Ro Um (Chun Woo Hee).

Screenshot 2023 06 14 074504

Dia telah memperoleh kekayaan dengan melakukan pelbagai penipuan. Dia juga tidak mempunyai empati. Berbeza dengan personaliti Han Moo Young (Kim Dong Wook).

Han Moo Young bekerja sebagai seorang peguam. Dia mempunyai empati yang tinggi terhadap orang lain dan sangat mengutamakan kesihatan mental mereka.

Baca lagi: Oppa Pilot Di Soar Into The Sun

Baca lagi: 5 K-Drama Medikal Yang Best Sama Seperti Drama “Doctor Cha”

Screenshot 2023 06 14 074339

Personalitinya itu telah membuatkan dia merasai emosi orang sekelilingnya. Pada satu tahap, dia kadang-kadang boleh merasai kesakitan fizikal yang dialami oleh orang lain juga.

Dia sering duduk bersama ahli terapinya, Mo Jae In (Sojin dari kumpulan K-pop Girl’s Day) untuk bercakap tentang keadaannya.

nonton streaming download drakorindo delightfully deceitful sojin girls day sub indo viu

Moo Young dan Ro Um bertemu kerana Ro Um telah dituduh dan dipenjarakan atas jenayah yang dia tidak lakukan dan Moo Young percaya bahawa Lee Ro Um tidak bersalah dan ingin membantunya.

Apakah gabungan antara dua personaliti ini akan memberi kebaikan atau sebaliknya? Ingin tahu… korang wajib layan dekat sini. Di platform Viu, terdapat sarikata yang pelbagai dan anda boleh tonton dalam HD!