Home Artis Korea Siapakah Jang Hyun Ho Kesayangan Netizen dalam Night Has Come?

Siapakah Jang Hyun Ho Kesayangan Netizen dalam Night Has Come?

0

Jang Hyun Ho adalah salah satu watak yang merupakan watak kesayangan netizen dalam Kdrama Night Has Come (2023). Sayangnya, dia telah terkeluar dan tewas di episod awal.

Watak yang dibawa oleh Jang Hyun Ho mengingatkan para peminat akan Do Soo Chul dalam Duty After School (2023).

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan Jang Hyun Ho. Siapakah pelakon yang membawa watak sebagai Jang Hyun Ho?

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Jang Hyun Ho adalah pelajar kelas 11-3 yang mempunyai perasaan cinta terhadap An Na Hee

Jang Hyun HoJang Hyun Ho adalah salah seorang pelajar kelas 11-3 SMA Yooil. Dia bersahabat dengan Kim Dong Hyun yang sama-sama bergabung dalam kelab atlet. Sejak episod pertama, penonton salah fokus melihat keperihatinan Jang Hyun Ho pada An Na Hee (Park Ju Won).

Selain itu, banyak yang mengharapkan ada jalinan cinta antara Jang Hyun Ho dan An Na Hee. Watak pelajar perempuan berambut pendek itu memang menyukai Jang Hyun Ho.

 

2. Jang Hyun Ho mati kerana telefon bimbitnya dilempar Ko Kyung Jun

Hong Min GiSayangnya, Jang Hyun Ho terkeluar dan mati di episod 3. Sebelum undian dimulakan, semua pelajar mengumpulkan telefon bimbit masing-masing ke dalam tong sampah.
Keputusan tidak memilih langsung telah membuatkan para pelajar dikeluarkan secara paksa oleh sistem. Ketika waktu hanya tinggal beberapa minit, Jang Hyun Ho fokus mencari telefon bimbit An Na Hee yang sukar bergerak.

Sementara itu, telefon bimbit miliknya disembunyikan oleh Ko Kyung Jun (Cha Min Woo) yang menyimpan dendam padanya. Sebelum ini, Jang Hyun Ho memang pernah memukul Ko Kyung Jun habis-habisan.
Akhirnya, kesedaran Jang Hyun Ho diambil alih oleh sistem yang membuatnya melompat dari tingkat dua. Leher Hyun Ho tersangkut tali yang menggantungnya.

 

3. Penonton membandingkan karakternya yang mirip Do Soo Cheol dalam Duty After School

2f3c1fcd 4433 4269 baf0 00569761c00a

Sosok Jang Hyun Ho dianggap mirip Do Soo Cheol (Kim Min Chul) dalam Duty After School (2023). Kedua-dua watak ini sama-sama melindungi kawan sekelas dengan sepenuh hati, tetapi meninggal dunia demi membantu mereka. Selain itu, Do Soo Cheol dan Jang Hyun Ho juga nampaknya sangat prihatin pada kawan perempuan mereka. Kematian mereka membuatkan para peminat gagal move on.

 

4. Jang Hyun Ho dilakonkan oleh Hong Min Gi

Night has comeWatak Jang Hyun Ho dibawa oleh Hong Min Gi. Dia debut melalui drama 187 cm Male Friend vs 155 cm Female Friend (2020). Namun, Night Has Come (2023) adalah drama yang membuatkan Hong min Gi mendapat perhatian peminat secara global. Anda boleh melihat aktiviti harian Hong Min Gi di Instagram @minggi._.jeok.

Sayangnya, Jang Hyun Ho cuma hidup di tiga episod pertama sedangkan penonton berharap lebih banyak lagi dari watak yang Hong Min Gi lakonkan.

Sudahkah anda tonton Night Has Come ini? Bagaimana pendapat anda setakat episod terkini?

Baca lagi: 5 Fakta Kdrama Tale of Mrs. Ok, Dibintangi Lim Ji Yeon dan Choo Young Woo
Baca juga: ‘NIGHT HAS COME’, Perang Psikologi Meragut Jiwa, Kdrama Thriller Survival Ala Mafia