Home Artis Korea 5 Watak Ikonik yang Dibawa oleh Go Yoon Jung, Sangat Memukau

5 Watak Ikonik yang Dibawa oleh Go Yoon Jung, Sangat Memukau

0

Go Yoon Jung kembali mencuri perhatian para peminat drama Korea. Lakonannya dalam drama Moving berjaya membuatkan para penonton berpuas hati dan kagum.

Dalam drama tersebut, Go Yoon Jung bawa peranan sebagai pelajar sekolah menengah yang memiliki kekuatan super. Selain lakonannya yang semakin hebat, visualnya juga bukan calang-calang.

Bukan hanya dalam drama Moving, lakonan Go Yoon Jung dalam drama lain juga wajib anda tonton. Ini kerana, watak-watak yang dibawa oleh Go Yoon Jung selalunya memang memukau dan boleh dikatakan sebagai watak ‘anti gadis manja’!

Jom sama-sama kita lihat senarai watak menarik yang pernah dibawa oleh Go Yoon Jung yang cantik manis ini!

 

1. Kim So Hyun – He Is Psychometric (2019)

Goo yoon jungDalam drama He Is Psychometric, Go Yoon-jung membawa watak sebagai watak pembantu yang bernama Kim So Hyun. Dia diceritakan sebagai seorang ibu muda yang masih belajar di bangku sekolah. So Hyun hamil luar nikah selepas tidur dengan seseorang.

lakonannya dalam drama tersebut, Go Yoon-jung mula mendapat perhatian ramai kerana wajahnya yang menawan. He Is Psychometric juga dibintangi oleh Park Jinyoung GOT7, Shin Ye Eun, Kim Kwon, dan Kim Da Som.

 

2. Park Yoo Ri – Sweet Home (2020)

Go yoon jungSiapa yang tidak mengetahui drama Sweet Home? Go Yoon-jung mendapat watak badass dalam drama yang dikemaskan dalam 10 episod ini. Dia membawa watak sebagai Park Yoo Ri, seorang jururawat pesakit kanser yang terjebak dalam sebuah apartment yang diserang oleh raksasa.

Walaupun menjadi seorang juru rawat, ternyata Park Yoo Ri juga menghidap penyakit asma. Watak ini membuatkan para peminat drama Korea memanggilnya “Cik Asma”. Namun, penyakitnya tersebut tidak menghalang Park Yoo Ri untuk melindungi para penghuni apartment. Dia berani memegang senjata api untuk membunuh raksasa.

 

3. Ye Seul – Law of School (2021)

0c673ecc 4414 44da 977a ede3f3e952d9Kali ini, Go Yoon-jung mendapat watak yang tidak kurang hebatnya. Dalam drama Law of School, Go Yoon-jung membawa watak sebagai pelajar yang merupakan mangsa kekerasan seksual.

Dia mempunyai seorang teman lelaki yang sangat posesif yang selalu melakukan kekerasan terhadapnya. Dia akhirnya ke muka pengadilan untuk menghadapi perbicaraan atas kes kekerasan seksual yang dilakukan oleh teman lelakinya.

 

4. Naksu – Alchemy of Souls (2022)

8836970c aa3e 4be0 b63f cb874a746d03Go Yoon Jung mendapat kepercayaan untuk menggantikan pelakon utama yang pada awalnya dipegang Jung So Min dalam drama Alchemy of Souls. Bukan biasa-biasa, dia perlu membawa dua watak sekaligus, iaitu sebagai seorang Naksu (Cho Yeong) dan Jin Bu Yeon.

Dalam drama tersebut, Go Yoon Jung membawa watak sebagai seorang pembunuh kejam yang mempunyai kekuatan sihir. Sementara itu, watak Jin Bu Yeon digambarkan sebagai seseorang yang berasal dari keluarga ahli sihir terkuat di Daeho.

 

5. Jang Hee Soo – Moving (2023)

b4796422 403a 405b 8d97 32f34cf6a368Go Yoon Jung kembali menjadi pelakon utama dalam drama Korea sensasi yang bertajuk Moving. Dia membawa watak sebagai Jang Hee Soo, pelajar sekolah menengah yang mempunyai kekuatan luar biasa. Kebolehannya diwarisi dari bapanya yang juga mempunyai kemampuan yang sama. Dalam drama Moving, dia digandingkan dengan Kim Bong Seok yang boleh terbang dan melayang-layang di udara.

Demikian sahaja watak-watak ikonik yang dibawa oleh Go Yoon Jung. Walaupun pelakon ini dianggap masih baru dalam industri hiburan Korea, tetapi dia telah dipilih untuk membawa banyak watak dalam drama dan juga filem. Selamat maju jaya Go Yoon Jun!

Baca lagi: Siapakah Jang Hyun Ho Kesayangan Netizen dalam Night Has Come?

Baca juga: 5 Fakta Kdrama Tale of Mrs. Ok, Dibintangi Lim Ji Yeon dan Choo Young Woo