Home Entertainment Semua Artis Di ‘Amazing Saturday’ Terkejut Dengan Kesilapan Yang Dilakukan Lee Kwang...

Semua Artis Di ‘Amazing Saturday’ Terkejut Dengan Kesilapan Yang Dilakukan Lee Kwang Soo Ini Kepada Teman Wanita Lee Sun Bin

0

Pada episod terbaru “Amazing Saturday,” Lee Kwang Soo tidak dapat mengenali suara teman wanitanya sendiri Lee Sun Bin—dan dia mempunyai reaksi yang kelakar apabila menyedari kesilapannya itu!

Pada 23 April, Lee Kwang Soo muncul sebagai tetamu bersama dengan Seolhyun AOA, pelakon bersamanya dari drama “The Killer’s Shopping List.”

00424605

Di dalam episod itu, ahli dan tetamu telah bermain permainan di mana mereka mendengar pelbagai lagu OST dan perlu menamakan drama untuk setiap OST yang di mainkan.

Salah satu lagu yang dimainkan semasa permainan ialah lagu Lee Sun Bin “Dreamer,” daripada OST drama hitnya “Work Later, Drink Now.” Sebaik sahaja lagu itu mula dimainkan, Lee Kwang Soo dengan yakin melaungkan jawapan yang salah “My Mister,” menyebabkan semua orang terkejut kerana tidak percaya.

Baca lagi: Selepas 4 Tahun, Lee Kwang Soo Buat ‘Comeback’ Dalam Drama “The Killer’s Shopping List”, Ini Sinopsisnya

Baca lagi: “Sedih Tak Bila Running Man Tetap Berjaya Walau Tanpa Kau?” tanya Kim Jong Kook Kepada Lee Kwang Soo

Screenshot 2022 04 27 160517

Hos Boom terus memberi beberapa petunjuk tentang drama dan fakta bahawa ia ada kaitan dengan minum, tetapi Lee Kwang Soo masih ‘blur’.

Akhirnya, berdasarkan petunjuk yang diberikan Hos Boom, Shin Dong Yup berjaya memberikan jawapan yang betul iaitu “Work Later, Drink Now.” —dan sebaik sahaja dia menamakan drama itu, Lee Kwang Soo tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.

Sambil mengeluh dan menundukkan kepalanya, Lee Kwang Soo berkata, “Jadi inilah sebabnya saya tahu lagu itu,”

Lee Sun Bin

Shin Dong Yup secara main-main memarahinya, “Kenapa awak tidak tahu ini?” Park Na Rae bergurau, “Adakah ini boleh [ditayangkan]?” dan Hanhae, “Saya sangat risaukan dia.”

Boom kemudian bertanya kepada Kwang Soo, “Kwang Soo, adakah anda tahu siapa yang menyanyikan lagu ini?” dan Lee Kwang Soo menjawab ringkas, “Ya.”

Bagaimanapun, bukan hanya suara Lee Sun Bin yang Lee Kwang Soo tidak kenali—pelakon itu juga gagal mengenali dua lagu daripada dramanya sendiri (“High Kick Through the Roof” dan “It’s Okay, That’s Love“).

Sumber: [1]