Home Reality Show “Sedih Tak Bila Running Man Tetap Berjaya Walau Tanpa Kau?” tanya Kim...

“Sedih Tak Bila Running Man Tetap Berjaya Walau Tanpa Kau?” tanya Kim Jong Kook Kepada Lee Kwang Soo

0

Pelakon Lee Kwang Soo berkongsi perasaannya selepas dia meninggalkan ‘Running Man’.

Pada 31 Mac, Kim Jong-kook memuat naik video baharu bertajuk, ‘Seekor Zirafah Datang ke Sarang Harimau’ di YouTube salurannya.

Menerusi video tersebut, Kwang Soo datang ke rumah Jong Kook dan mereka berborak di ruang tamu.

sss

Ketika berbual, Jong-kook menyebut tentang pengunduran Kwang Soo daripada rancangan televisyen SBS ‘Running Man’.

Kemudian dia bertanya kepada Kwang Soo, “Macam mana perasaan kau bila baca komen seperti ‘Saya tak akan tengok ‘Running Man’ lagi sebab Kwang Soo dah tak ada di sana’.”

“Haha, akulah yang tinggalkan komen macam tu.” balas Kwang Soo secara berseloroh.

Sambil tergelak, Jong Kook pun bertanya lagi, “Adakah kau sedih sebab ‘Running Man’ tetap berjalan dengan baik walau tanpa kau?”

Baca lagi: Bekas PD “Running Man” Berkongsi Kisah Di Sebalik Tabir Kim Jong-kook Dan Song Ji-Hyo

Baca lagi: Lee Kwang Soo Kompelin Tiada Pendapatan Tetap Selepas Keluar Running Man

“Tak, tak. Bukan macam tu. Aku jawab macam tu sebab aku ingat kau akan berhenti cakap hal tu.” balas Kwang Soo.

“Ada tak keinginan lagi nak masuk Running Man?”

“Eh, tipulah kalau tak nak.” kata Kwang Soo

Selepas itu, Jong Kook bertanya kepada Kwang Soo jika boleh menyertai mana-mana episod dalam ‘Running Man’, episod mana yang dia nak join?

“Adalah satu episod ni, kalau ada peluang jumpa Kim Yeon Koung, aku nak bergaduh dengan dia.” jawab Kwang Soo dengan nada bergurau.

Sumber: [1]