Home Entertainment Pelakon “Its Okat to Not Be Okay” Ini Dipuji Kerana Melakukan Perkara...

Pelakon “Its Okat to Not Be Okay” Ini Dipuji Kerana Melakukan Perkara Pelik Ini Semata-Mata Peminat Autismnya 

0

Baru-baru ini, gambar-gambar pelakon “It’s Okay to Not Be Okay” Oh Jung Se yang menghabiskan sepanjang hari mencipta kenangan yang menyeronokkan bersama peminat istimewa di taman tema terkenal Korea Lotte World pada tahun 2020 muncul semula dan telah menarik perhatian ramai.

Oleh kerana tindakan Oh Jung Se itu terhadap peminatnya, dia telah mendapat banyak pujian daripada netizen.oh jung se 260420222 4

Untuk pengetahuan, nama peminatnya ialah Bae Boum Joon. Dia menjadi peminat Oh Jung Se selepas menonton wataknya dalam drama hit “It’s Okay to Not Be Okay”, terutamanya adegan di mana Moon Sang Tae menangis semasa sesi tanda tangan bersama pengarang Go Moon Young (Seo Ye Ji).

Kakak Bae Boum Joon berkata, selepas menonton adegan itu dia berasa simpati terhadap watak Oh Jung Se.

Bae Boum Joon disahkan mengalami kecacatan perkembangan, jadi situasinya serupa dengan watak Moon Sang Tae, yang bergelut dengan gangguan spektrum autisme dalam drama itu.

oh jung se 260420222 3

Oleh itu, Bae Boum Joon berulang kali menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Oh Jung Se secara peribadi kepada kakaknya.

Selepas kakaknya menghubungi Oh Jung Se, dia dengan senang hati bersetuju untuk bertemu dan telah mengetepikan jadual sibuknya demi menghabiskan hari bersama peminat istimewanya itu.

Yang menariknya Oh Jung Se telah hadir berpakaian dan berlakon sama seperti wataknya iaitu Moon Sang Tae, daripada ragam pertuturannya hinggalah cara dia berjalan. Kedua-duanya kelihatan berseronok bersama di Lotte World dan Oh Jung Se turut memberikan peminatnya dinosaur mainan yang comel.

oh jung se 260420222 2

Komen netizen Korea mengenai kisah yang menyentuh hati ini:

“Ini sangat menyentuh hati. Dia bukan sahaja pandai berlakon tetapi juga mempunyai hati yang baik.”

“Saya akan menangis ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ Membaca perkara seperti ini sambil duduk di dalam kereta api bawah tanah… Saya tidak percaya saya membaca kisah benar. Ceritanya cantik sama macam cerita dongeng.”

“Oh Jung Se sungguh menakjubkan. Sukar untuk mengingati dan menepati janji dengan peminat.”

Baca lagi: 5 Rancangan Makanan Korea Yang Mencabar Nafsu Makan Anda

Baca lagi: Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton April Ini