Home Entertainment Saling Bertukar Foto, Netizen Harap Jisoo Blackpink & Jung Hae In Bertukar...

Saling Bertukar Foto, Netizen Harap Jisoo Blackpink & Jung Hae In Bertukar Hati Pula Di Luar Drama ‘Snowdrop’

0

Jisoo Blackpink memuat naik beberapa keping foto berserta kapsyen tag heronya dalam drama ‘Snowdrop’, Jung Hae In membuatkan netizen mengangkat kening atau berkerut dahi tentang status persahabatan mereka.

Meskipun rating rancangan ‘Snowdrop’ berubah-ubah, naik-turun-naik-turun seperti roller-coaster di Korea Selatan, peminat tetap bagi A kepada chemistry kedua-dua peneraju drama tersebut.

Jung Hae In turut berkongsi beberapa foto dirinya di laman Instagram. Menerusi kapsyen, dia tag Jisoo Blackpink sebagai kredit tukang ambil gambar.

Dalam masa beberapa minit, peminat mengetik tanda ‘hati’ dan ada yang cair dengan persahabatan mereka serta membanjiri ruangan komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya berspekulasi dan berteka-teki sama ada dua bintang utama ‘Snowdrop’ itu ada apa-apa ke?

“Tolong couple dalam dunia sebenar!”

“Aaaa”

“Ehem”

“Ada couple goal la kat sini.”

“Cakap kuat-kuat kat semua orang, nama saya HAESOOINYOURAREA”

“Terserah mereka deh😂

“Wahhh Apa Iniiiiii”

“AAAAAAAAAAAAAAAAAAA gilaa dahh aku gilaaa”

“HEEEHHH APALAGI INII. JANGAN CUMA BIKIN NETIZEN BAPER YAA”

Sebelum ini, drama ‘Snowdrop’ pernah melalui macam-macam kontroversi:

Rakyat Korea Masih Bantah Drama ‘Snowdrop’ Diteruskan

Syarikat Perabot Kesal Menaja Drama ‘Snowdrop’, Penaja Lain Turut Tarik Diri