Home Entertainment Emma Watson Kongsi Momen ‘Jatuh Cinta’ Pada Tom Felton Semasa Berlakon Sekali...

Emma Watson Kongsi Momen ‘Jatuh Cinta’ Pada Tom Felton Semasa Berlakon Sekali Dalam Harry Potter

0

Emma Watson berkongsi kisah cinta monyet zaman kanak-kanaknya. Namun apakan daya, cinta monyet itu tidak berevolusi menjadi cinta manusia.

Crush dia semasa kecil-kecil dulu adalah Tom Felton yang pegang watak Draco Malfoy, dedahnya dalam slot khas HBO Max, ‘Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts’ dan artikel Huffpost.

Meskipun Hermione Granger dan Draco Malfoy asyik nak bercakar bila berjumpa dalam filem, di luar skrin Emmma bagaikan tertelan posyen cinta bila bertemu Tom Felton.

cccgg

Ceritanya, semasa Emma masuk ke dalam sebuah bilik, dia ternampak Tom melukis seorang gadis pakai cap terbalik di atas skateboard. Entah bagaimana, hati Emma terjatuh ke atas Tom tanpa sempat dikutip.

Sejak itu, Emma hari-hari datang untuk tengok jadual Tom berlakon. Bila nampak nama Tom tertera pada hari penggambaran, dia berasa  seronok terlebih dos.

Namun gadis secomel Emma Watson tidak terlepas daripada kena ‘Sister-zone’.

“Dia tua lebih 3 tahun daripada saya. Dia memandang saya hanya seperti seorang adik perempuan.”- Emma Watson

Tom mengaku yang perasaan Emma terhadapnya tidak boleh disorok dalam jubah halimunan sekalipun kerana dia boleh nampak.

“Masa saya tengah buat rambut dan mekap, seseorang cakap yang Emma ada hati kat saya.”- Tom Felton.

Walaupun Tom tiada perasaan romantik pada Emma, dia tetap berasa rapat dengan rakan sekerjanya itu.

“Saya jadi pelindung dia. Yeah, saya selalu ada soft spot untuknya sampai ke hari ni. Dia macam… hubungan persaudaraan lah.” – Tom Felton

Sejak tayangan filem ‘Harry Potter’ berakhir pada 2011, mereka masih rapat dan melepak bersama menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram.

Begitulah hubungan Emma dan Tom yang lebih kepada Hermione-Harry, bukan aura Hermione-Ron.

Sumber: Yahoo Entertainment/Huffpost