Home Food Burger Kedai Gordon Ramsay Di Seoul Jadi Rebutan Selebriti, Walaupun Dilanda Kontroversi

Burger Kedai Gordon Ramsay Di Seoul Jadi Rebutan Selebriti, Walaupun Dilanda Kontroversi

0

Kedai burger Gordon Ramsay di Lotte World Mall, Seoul telah menarik kedatangan YouTuber, pelawak, chef terkenal dan CEO syarikat chaebol untuk mencubanya dan cerita pengalaman tersebut kepada dunia maya.

Menurut laporan Korea Times, restoran chef selebriti British berkenaan mula dibuka kepada orang ramai pada 7 Januari lalu. Dalam masa 30 minit, tempat duduk yang terhad sudah ditempah sepenuhnya.

Harganya bermula dari 30,000 won (sekitar RM 105) sehingga 140,000 won (hampir RM 500). Namun tanda harga itu tetap tidak membuatkan para pelanggan terbantut selera untuk membeli dan memakannya.

Seorang YouTuber yang dikenali sebagai ‘Tzuyang’ tayang dirinya order semua menu di restoran tersebut kepada 5.26 juta pengikutnya. Perkongsian itu telah menarik perhatian ketua chef restoran itu.

Seorang chef yang memiliki lebih 1.5 juta pelanggan atau subscribers pula dijemput sebagai VIP. Dia review burger termahal iaitu 1966 Burger guna daging hanwoo (lembu baka asal Korea mahal) gred 1++ bertaraf tinggi dan burger paling sedap dia pernah makan.

Manakala naib pengerusi syarikat konglomerat Shinsegae Group yang sudah lama tidak ke mall Lotte telah menjejakkan kakinya ke tempat syarikat pesaingnya itu untuk pekena burger 31,000 won di restoran Gordon Ramsay.

Burger paling ikonik sudah semestinya Hell’s Kitchen Burger yang dinamakan sempena program realiti TV popular itu. Kandungannya adalah patty daging hanwoo, jalapeno, avokado, tomato dan keju panggang. Harganya 31,000 won (sekitar RM 108).

Bagaimana pun menurut portal Koreabizwire, burger mewah ini dilanda kontroversi dan beberapa netizen berpandangan sinis tentang harganya yang terlalu mahal walaupun branded dan bila dipeta, burger sama dijual pada harga $17.99 (sekitar RM 75) dan £16 (sekitar RM 91) di restoran Gordon Ramsay Burger di Las Vegas dan England.