Home Entertainment Sebelum Bekerjasama Dalam ‘CLOY’, Hyun Bin Sudah Tertarik Dengan Son Ye Jin

Sebelum Bekerjasama Dalam ‘CLOY’, Hyun Bin Sudah Tertarik Dengan Son Ye Jin

0

Bagi peminat drama Korea, pasti drama ‘Crash Landing on You’ (CLOY)’ ini sudah termasuk dalam senarai tontonan. Malah mungkin ada yang masih belum move on dengan naskhah lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin ini.

Drama ini berkisar tentang seorang perempuan kaya dari Korea Selatan (Son Ye Jin) main paragliding tetapi tercampak di Korea Utara selepas dilambung puting beliung. Kemudian seorang tentera Korea Utara (Hyun Bin) cuba membawanya keluar hidup-hidup dari negara tertutup itu.

Meskipun kedua-dua negara itu digariskan perbatasan, mesejnya tetap sampai iaitu cinta tiada sempadan. Cinta hero dan heroin drama berkenaan yang terbawa-bawa sehingga ke luar skrin membuatkan para peminat bersorak tumpang gembira.

unnamed 22

Sebelum CLOY, rupanya Hyun Bin dan Son Ye Jin sudah pernah bekerjasama membintangi filem genre psikologi drama berjudul ‘The Negotiation’. Bila tahu Son Ye Jin turut berlakon, Hyun Bin pun nak main filem itu juga.

“Pandangan pertama saya terhadap Hyun Bin adalah bagus betul kulit dan rambutnya. Saya rasa mesti ramai aktres yang tergila-gilakan dia.” kata Son Ye Jin berdasarkan petikan artikel Soompi.

Dalam temu bual dengan Esquire Korea, Hyun Bin menyatakan betapa berminatnya dia nak bekerja dengan Son Ye Jin.

“Saya rasa terpesona dan berdebar apabila melihat pelakon yang beraksi hebat. Saya nampak ciri-ciri itu ada pada Son Ye Jin semasa penggambaran ‘The Negotiation’. Terdetik dalam fikiran saya, ‘Aku nak kerja dengan dia lagi…’”

“Jadi saya nak berlakon dengannya dalam filem sama, hendak bertentang mata malah mahu menghirup udara yang sama sepertinya dan peluang itu lalu depan mata.” kata Hyun Bin.

Anda mungkin berminat untuk baca lagi fakta di sebalik drama CLOY ini:

YouTuber Korea Utara Ini Kongsi Fakta Dan Auta Dalam ‘Crash Landing On You’

Sumber: The Indian Express