Home Entertainment “Saya Akan Ambil Tindakan Undang-undang, Tiada Maaf Bagimu.” -Rain

“Saya Akan Ambil Tindakan Undang-undang, Tiada Maaf Bagimu.” -Rain

0

Penyanyi dan pelakon Rain mengisytiharkan perang terhadap penyebaran maklumat palsu dan kandungan berunsur negatif dengan mengambil tindakan undang-undang, lapor media Korea, Insight.

Baru-baru ini agensi pengurusan Rain, Agensi Artis Subprime mengeluarkan kenyataan, “Sekarang kami dapat tahu bahawa ada video yang dibuat berdasarkan maklumat palsu tentang artis kami, Rain dan disebarkan secara sembarangan.

“Kami juga telah mengesahkan bahawa banyak penyiaran dan ulasan bagi menyebar kandungan yang bertujuan tidak baik seperti maklumat palsu, fitnah dan serangan peribadi.

“Tindakan tegas undang-undang bakal diambil terhadap tindakan yang berniat untuk merosakkan artis kami, termasuk YouTuber yang menghasilkan berita palsu untuk tontonan ramai dan mereka yang memuat turun serta menyebar semula video ini.”

Agensi itu menegaskan bahawa tidak akan ada kompromi dalam keputusan yang melibatkan undang-undang itu.

Akhirnya syarikat itu berkata, “Agensi Artis Subprime akan sentiasa cuba melindungi artis di bawah naungan kami.”

Terdahulu, seorang wartawan hiburan yang bertukar menjadi YouTuber menyiarkan video di YouTube salurannya mengata Rain itu nerd.  Manakala seorang lagi YouTuber pula kata Rain ‘bodoh’ berdasarkan laporan Insight.

Tak apalah Rain, tutur kata ini sebenarnya cerminan diri, dan akan terpantul balik kepada si tuan empunya jari atau mulut tersebut. Mereka sebenarnya yang bermasalah, bukan mangsa umpatan. Sekiranya hanya dengan mengata orang atau berkasar dapat membuatkan mereka berasa hebat atau superior, memang kesian sangat orang begini.

Sumber: Insight