Home Entertainment Rezeki Debut Di Bawah Agensi Besar, Mereka Dilayan Seperti Puteri?

Rezeki Debut Di Bawah Agensi Besar, Mereka Dilayan Seperti Puteri?

0

Salah satu aspek untuk seseorang idola itu menjadi terkenal adalah dengan mencari agensi yang bagus. Malah, idola K-Pop juga menyedari perkara ini. Zico pernah memberi nasihat agar pelatih memilih agensi hiburan yang baik.

Selain itu, idola dari agensi besar diberi banyak sokongan untuk promosi dan diberi pelbagai peluang berkat sokongan kewangan daripada agensi mereka.

1659725636 image

Kumpulan baru yang mewah daripada syarikat besar ini juga diberi sokongan tanpa had dan diberi persekitaran yang lebih baik.

Satu contoh utama ialah LE SSERAFIM, selepas tamat mempromosikan lagu pertama mereka iaitu ’Fearless’ dengan jayanya, gadis-gadis itu diberi ganjaran percutian oleh agensi mereka.

1659725644 image

1659725741 image

Baru-baru ini, ramai netizen kagum dengan percutian yang diberikan kepada gadis-gadis itu kerana mereka dapat menghabiskan masa mereka di hotel mewah yang menelan kos 10 juta KRW (RM34.2K) semalam untuk menginap.

Malah, kumpulan gadis rookie itu diberikan bukan hanya satu tetapi dua suite mewah untuk menginap.

1659725751 image

Syarikat itu melabur berpuluh ribu demi menunjukkan kepada peminat bahawa ahli LE SSERAFIM itu sedang menikmati percutian ganjaran mereka.

Netizen kagum dengan jumlah sokongan kewangan yang diberikan kepada gadis-gadis itu dan berkata ini adalah mustahil untuk kumpulan rookie dahulu, kerana tiada agensi yang mampu membelanjakan semewah itu.

1659725647 image

Netizen mengulas, “Saya tidak sangka mereka akan membelanjakan begitu banyak wang,” “Saya rasa mereka akan diberi gaji yang baik juga,” “Sungguh bertuah,” “Ia adalah perkara yang baik Sakura kembali ke Korea,” dan “Terima kasih kepada idola Kpop yang lama, kerana mereka, idola Kpop yang baharu ini boleh menikmati kemewahan ini.”

Baca lagi: Kejayaan Luar Biasa Rookie IVE, NMIXX, LE SSERAFIM Dan NewJeans, Adakah Kumpulan Baru YG Ini Juga Akan Turut Berjaya?

Baca lagi: HYBE Dikritik Kerana Melakukan Ini kepada LE SSERAFIM Dan NewJeans

Sumber: [1]