Home K - Pop Krystal F(x) Sokong Kawan Baik Debut, Kumpulan Gadis Min Heejin NEWJEANS

Krystal F(x) Sokong Kawan Baik Debut, Kumpulan Gadis Min Heejin NEWJEANS

0

Debut kumpulan gadis terbaharu, HYBE Labels iaitu NEWJEANS telah menerima sokongan dari ramai pihak.

Pada 4 Ogos lalu, Krystal f(x) antara yang terlihat memberi sokongan kepada NEWJEANS, kumpulan yang tercetus hasil dari idea kawan baiknya, Min Hee-Jin, CEO Agensi ADOR.

Dalam satu entri yang dimuat naik oleh Krystal di Instagram Story, idola itu turut menyiar foto album debut NEWJEANS’ New Jeans’ dan menandakan pada akaun instagram rakan baik nya, Min Hee-jin, yang menunjukkan sokongan kepada rakan nya itu.

krystal newjeans

Buat pengetahuan semua, Min Hee-Jin adaah pengarah seni bagi album pita merah jambu kumpulan f(x). Dia pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif Eksekutif SM Entertainment sehingga 2018. Min Hee-jin juga merupakan CEO kepada ADOR, anak syarikat HYBE Labels.

Dalam pada itu, NEWJEANS ialah kumpulan yang terdiri daripada 5 ahli iaitu Min-ji, Han-ni, Danielle, Hae-rin dan Hye-in. Kumpulan itu telah melancarkan album pertama mereka “New Jeans” dengan judul lagu “Cookie”, yang telah menerima pelbagai reaksi positif.

Baca Artikel Terdahulu: Sehun EXO Bakal Muncul Dengan Kdrama Baharu!