Home Entertainment Kejayaan Luar Biasa Rookie IVE, NMIXX, LE SSERAFIM Dan NewJeans, Adakah Kumpulan...

Kejayaan Luar Biasa Rookie IVE, NMIXX, LE SSERAFIM Dan NewJeans, Adakah Kumpulan Baru YG Ini Juga Akan Turut Berjaya?

0

Tahun ini benar-benar menjadi ledakan kumpulan gadis K-pop, dengan syarikat hiburan terkemuka mengeluarkan kumpulan idola perempuan.

Pada penghujung tahun 2021, pada bulan Disember, Starship Entertainment melancarkan IVE. JYP Entertainment kemudian melancarkan NMIXX pada Februari lalu, dan HYBE mengeluarkan barisan kumpulan gadis, termasuk LE SSERAFIM dan NewJeans yang meraih tajuk utama dalam industri muzik

love dive ot6 640x800 2

IVE

NMIXX plagiarism ATEEZ controversy IMAGE 1 1

NMIXX

1653669126 image 1

LE SSERAFIM

NewJeans self titled group photo 28129 1280x720 2

NewJeans

Malah, terdapat juga satu lagi kumpulan lain yang mendapat perhatian netizen, walaupun mereka belum debut lagi, iaitu Baby Monster daripada YG Entertainment.

Dengan kejayaan banyak kumpulan gadis tahun ini, ramai yang makin tak sabar menantikan hari debut Baby Monster tiba. Ramai netizen tertanya-tanya betapa sempurnanya kumpulan gadis rookie YG akan jadi nanti.

Baca lagi: Yoona Girls Generation Dipuji Lebih Cantik Selepas Naik Berat Badan

Baca lagi: Kerana Populariti Drama ‘Extraordinary Attorney Woo’, Headphone Ini Laku Teruk!

YG Entertainments Baby Monster Guess Who

Dan seperti yang kita sedia maklum, YG Entertainment merupakan agensi kepada kumpulan yang terkemuka, termasuklah BLACKPINK, kumpulan gadis K-Pop terkemuka di dunia. Oleh sebab itu, netizen lagi meletakkan harapan yang tinggi untuk Baby Monster.

Netizen mengulas, “Ia adalah kumpulan yang akan meneruskan legasi 2NE1 dan BLACKPINK jadi saya sangat teruja. Ini agensi YG jadi mereka akan menyokong mereka dengan baik dan saya sangat berharap YG akan menjadikan Baby Monster sangat besar,”

“Saya tak sabar menantikan kumpulan gadis YG, saya rasa YG Entertainment benar-benar mahir dalam membuat kumpulan gadis,”

“Saya rasa YG benar-benar syarikat hiburan yang teratas untuk kumpulan gadis,” dan “Saya rasa kumpulan gadis itu akan debut pada Ogos tahun depan, YG kan suka Ogos, lol,”

Sumber: [1]