Home Entertainment Kerana Populariti Drama ‘Extraordinary Attorney Woo’, Headphone Ini Laku Teruk!

Kerana Populariti Drama ‘Extraordinary Attorney Woo’, Headphone Ini Laku Teruk!

0

Headphone yang dipakai oleh Woo Young Woo (lakonan Park Eun Bin) dalam drama ‘Extraordinary Attorney Woo’ telah mendapat perhatian orang ramai.

Headphone yang popular itu adalah produk jenama Jerman ‘Sennheiser.’

Woo Young Woo ialah watak yang mengalami gangguan spektrum autisme, dan dia peka dan sensitif terhadap bunyi di persekitarannya.

medium 2022 07 30 094420b7cc

Untuk menghalang bunyi persekitaran, dia akan menggunakan headphone, dan ramai penonton telah menunjukkan minat mereka kepada headphone Sennheiser itu.

Oleh sebab itu, headphone Sennheiser dikatakan kekurangan bekalan di Korea kerana permintaan yang terlalu tinggi akibat dari peningkatan populariti ‘Extraordinary Attorney Woo.’

Baca lagi: Yoona Girls Generation Dipuji Lebih Cantik Selepas Naik Berat Badan

Baca lagi: ‘Extraordinary Attorney Woo’ Park Eun Bin Hampir Cedera Kerana Seorang Peminat Yang Biadap Ini!

1659732267 image

Harga headphone itu sebenarnya agak tinggi, iaitu dalam lingkungan 300,000 KRW hingga 400,000 KRW (RM1000-1300).

Walaupun harganya tinggi, jenama itu dianggap sebagai salah satu jenama yang paling terkenal dalam kalangan penggemar audiophile/peralatan audio.

 

Sumber: [1]