Home Entertainment ‘Extraordinary Attorney Woo’ Park Eun Bin Hampir Cedera Kerana Seorang Peminat Yang...

‘Extraordinary Attorney Woo’ Park Eun Bin Hampir Cedera Kerana Seorang Peminat Yang Biadap Ini!

0

Netizen geram selepas melihat tindakan daripada seorang peminat biadab yang hampir menyebabkan kecederaan kepada pelakon ‘Extraordinary Attorney Woo’ Park Eun Bin.

Pada 3 Ogos, satu siaran dengan tajuk “Peminat biadab dan tidak bertimbang rasa menarik bahu Park Eun Bin hanya kerana dia mahu melihat wajahnya” telah dicipta dan dimuatnaik dalam komuniti dalam talian.

allkpop 1658180512 untitled 1

Penulis siaran itu menjelaskan bahawa Park Eun Bin dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya dengan menaiki sebuah van sambil mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya. Tiba- tiba seseorang memegang bahunya dan menariknya ke belakang.

Pencipta siaran itu terus menjelaskan, “Pengawal keselamatan segera menghalang peminat itu tetapi Park Eun Bin yang meminta maaf dan berharap agar peminatnya itu pulang dengan selamat.”

Netizen yang menulis siaran itu juga telah memasukkan video pendek menunjukkan Park Eun Bin cuba untuk memasuki ke dalam van sebelum peminatnya itu secara tiba-tiba menarik bahunya.

Baca lagi: Inilah Sebab Kenapa Ahli BLACKPINK Taknak ‘Shopping’ Dengan Jennie
Baca lagi: Berapa Banyak Bayaran Yang Diterima Park Eun Bin Selepas Kejayaan “Extraordinary Attorney Woo”?

Tambah penulis siaran tersebut, “Jika dia mahu melihat wajah Park Eun Bin, sepatutnya dia panggil sahaja, tetapi kenapa dia kena tarik Park Eun Bin?”

Netizen lain juga meluahkan kemarahan mereka dan mengulas, “Mengapa dia menyentuh Eun Bin tanpa kebenaran,” “Tanpa pengawal keselamatan, Park Eun Bin mungkin tercedera” “Peminat yang sebenar tidak akan melakukan perkara sebegitu,” dan “biarkan dia pulang dengan tenang.

 

Sumber: [1]