Home Entertainment Inilah Sebab Kenapa Ahli BLACKPINK Taknak ‘Shopping’ Dengan Jennie

Inilah Sebab Kenapa Ahli BLACKPINK Taknak ‘Shopping’ Dengan Jennie

0

Fakta tentang Jennie BLACKPINK ini akan mengejutkan peminatnya. Walaupun mempunyai duit yang banyak, namun ahli kumpulan BLACKPINK itu tetap tidak lupa untuk tawar menawar ketika shopping terutama Jennie.

BLACKPINK dikenali sebagai salah satu kumpulan K-pop generasi ke-3 yang paling berjaya. Mereka bukan sahaja mempunyai lagu- lagu yang terkenal dan hit tetapi juga terkenal dalam bidang yang lain contohnya seperti dalam bidang fesyen.

00442625

Oleh itu,peminat tahu bahawa jumlah duit yang diperoleh empat idola itu bukanlah sedikit. Seorang ahli BLACKPINK pernah mendedahkan bahawa Jennie sering tawar menawar ketika membeli-belah.

Penyanyi kelahiran 1996 itu akan membuat aksi comel dengan harapan pemilik kedai memberi sedikit diskaun untuknya.

Baca lagi: Chaeryeong ITZY Membuat Perubahan Ini Dan Netizen Perasan!

Baca lagi: ‘Seorang Yang Merendah Diri’- Lee Kwang Soo Disenangi Krew Penggambaran

00442625s1

Jisoo juga mendedahkan bahawa apabila Jennie tidak mendapatkan diskaun, dia akan bertanya sama ada pemilik kedai akan memberinya sebarang hadiah (freegift). Semua ahli BLACKPINK sangat mengagumi perangai Jennie yang ini!

Tetapi, bagaimanapun terdapat sebab mengapa ahli BLACKPINK enggan pergi membeli-belah bersama Jennie.

Rupa-rupanya Jennie sering meminta ahli lain untuk membelanjanya terutama maknae Lisa. Jennie sentiasa mencari benda yang menarik dan memujuk Lisa untuk membeli untuknya. Sebab itulah Lisa dan semua ahli yang lain taknak shopping dengan Jennie!