Pada 27 Julai, Sandara Park telah hadir sebagai tetamu kejutan melalui panggilan telefon pada siaran podcast KBS “Song Eun Yi dan Kim Sook’s Confidentiality.”

Semasa perbualan itu, Dara mengaku bahawa dia mempunyai selera yang sedikit dan membuka cerita tentang penurunan berat badannya.

Bekas ahli 2NE1 itu menjadi topik hangat selepas dia mendedahkan kejayaannya dalam menurunkan 10kg selepas berat badannya naik sehingga 47kg tahun lalu.

unnamed 1

img 20220422142542 xj5266k0

“Memandangkan saya pendek, (47kg) terlalu berat untuk saya. Apabila saya berpindah ke syarikat baru (ABYSS) dan saya kena mengambil gambar untuk profil saya, naib presiden berkata, ‘Oh, berat badan awak bertambah,’ jadi saya malu.”

Apabila ditanya bagaimana dia menurunkan berat badan, Sandara Park menjawab:

“Selera makan saya jatuh mendadak. Selama 3 hingga 4 bulan (sebelum diet), saya hanya makan ramen sahaja, tetapi saya rasa sunyi dan saya rindu nak masak di rumah.

Saya tidak mempunyai selera makan, dan saya mampu bertahan dengan hanya sebiji pisang sahaja sehari.”

Baca lagi: ‘Extraordinary Attorney Woo’ Park Eun Bin Hampir Cedera Kerana Seorang Peminat Yang Biadap Ini!

Baca lagi: Chaeryeong ITZY Membuat Perubahan Ini Dan Netizen Perasan!

sandara says she currently weighs 37kg heres why kim sook is frustrated

Selain selera makannya, Sandara Park turut mendedahkan dia tidak makan ketika dia sedang malas.

Apabila saya dalam mood yang baik, saya tidak akan berasa lapar. Saya juga tidak berasa lapar langsung apabila saya dalam keadaan yang tertekan.”

Bestnya jadi Sandara Park kan? Happy ke stress ke, dua-dua dia takde selera nak makan.

 

Previous article‘Extraordinary Attorney Woo’ Park Eun Bin Hampir Cedera Kerana Seorang Peminat Yang Biadap Ini!
Next articleIrene Red Velvet Salah Guna Kuasa? Wartawan Ini Cerita Perkara Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here