Home K - Pop Review Filem Korea: “Sinkhole” (2021) Yang Bertemakan Bencana Dan Komedi

Review Filem Korea: “Sinkhole” (2021) Yang Bertemakan Bencana Dan Komedi

0

“Sinkhole” sebuah movie ber’genre’ komedi arahan Kim Ji-Hoon. Filem ini juga menampilkan barisan pelakon yang luar biasa iaitu Cha Seung-Won, Kim Sung-Kyun, Lee Kwang-Soo, dan Kim Hye-Jun.

5 1024x683 1

Jika anda telah melihat treler filem itu, atau hanya berdasarkan tajuk, anda akan tahu bahawa filem itu berkisar tentang mendapan tanah yang dasyat, dan terdapat sekumpulan manusia yang cuba untuk bertahan dan melarikan diri daripada tragedi malang itu.

Mari lihat sinopsis terperinci “Sinkhole”.

unnamed 2 2048x1365 1

Sinopsisnya adalah seperti berikut:

Selepas bekerja keras dan menabung selama 11 tahun, ‘Dong-Won’ berjaya mencapai impiannya untuk membeli rumah sendiri di Seoul.

Bagaimanapun, perpindahannya ke tempat baharunya tidak selancar yang disangkakan, kerana dia terserempak dengan ‘Man-Soo’.

3 1 1024x682 1

Namun begitu, untuk meraikan rumah baharunya, Dong-Won menjemput rakan sekerjanya ke rumahnya untuk majlis perasmian rumah. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

Keesokan harinya, perkara yang tidak dijangka telah berlaku, dimana seluruh banggunan dengan tiba-tiba termendap ke dalam lubang yang sangat besar dan dalam.

12 1024x683 1

Dong-Won dan Man-Soo yang tidak mesra, dan dua rakan sekerja yang berada di tempat yang salah pada masa yang salah, Pengurus Kim dan seorang intern Eun-Ju, cuba untuk bertahan dan melarikan diri dari lubang benam sedalam 500 meter sebelum mereka terkubur didalamnya selama-lamanya.

“Sinkhole” ialah salah satu filem kelakar yang wajib ditonton peminat filem korea. Ia bukan sahaja salah satu filem bencana terbaik terkini, tetapi juga komedi.

sinkhole 1536x1024 1

Dan ia bukan sahaja mempunyai komedi, tetapi juga keseronokan dan ketegangan, aksi dan emosi juga. Tidak ada masa untuk bosan, dan filem itu juga agak realistik.

Trailer “Sinkhole”:

https://www.youtube.com/watch?v=vZDdYyUtSbg&t=17s

Sumber: Eontalk