Home K - Pop 5 Hadiah Mahal Dan Unik Untuk Artis K-Pop Daripada Peminat

5 Hadiah Mahal Dan Unik Untuk Artis K-Pop Daripada Peminat

0

Apabila mencelup sebelah kaki ke dalam lautan K-pop ini, salah satu perkara yang menarik perhatian saya adalah hadiah-hadiah daripada peminat. Bunyinya simple sehinggalah dapat tahu hadiahnya apa…

1. Jongkong Emas

Maknae BTS, Jungkook dapat hadiah 50-gram jongkong emas tulen semasa hari jadinya pada tahun 2017.

1 1
Foto: Koreaboo

2. Hutan

Pada 2015, penyanyi solo kesayangan ramai, IU dihadiahkan sebuah hutan. Sebanyak 250 batang pokok ditanam sempena namanya di kawasan Yeouido (pulau besar berhampiran Sungai Han di Seoul).

IU antara artis yang tak galakkan peminat bagi hadiah mahal-mahal kepadanya sebaliknya minta buat sesuatu yang lebih bermanfaat jadi kelab peminat banyak buat kerja kebajikan atas nama IU.

4
Foto: LifestyleAsia

3. Barangan Berjenama

Hadiah barangan berjenama mewah juga biasa memenuhi ruang bilik artis. Berdasarkan pembacaan sebelum ini, peminat tetap hadiahkan Jennie Blackpink barangan Chanel meskipun dia sendiri duta Chanel. Apabila dapat tahu V BTS suka Gucci, biliknya turut bertukar jadi gudang Gucci.

3 1
Foto: Twitter

4. Iklan Di Merata-rata Tempat

Sekiranya anda nampak muka artis berada di mana-mana seperti stesen keretapi, pondok bas atau kafe, itu merupakan perkara biasa di Korea. Kebanyakan peminat di Korea akan buat projek mengiklan idola mereka sempena hari jadi.

51
Foto: Naver

Nak up lagi, ada kelab peminat yang pastikan wajah artis mereka terpampang di billboard di Times Square, New York atau iklan akhbar New York Times.

33333
Foto: Twitter

Kelab peminat Oh Sehun di China pernah tampal wajah artis K-pop itu di badan kapal terbang untuk peminat yang mahu bercuti gaya Sehun. Segalanya (termasuk tiket) mesti tercetak muka Sehun.

53
Foto: Channel Asia

https://twitter.com/jisoolit/status/1111631245191073798

5. Sebidang Tanah Di UK

Sekali lagi, hadiah peminat dari China ini memang level lain apabila mereka beli sebidang tanah di Scotland. Nama tanah itu dipanggil “Lord OH SEHUN.”

Sesetengah Artis Berkata “Tak Nak”

Meskipun nampak mahal dan mewah, tindakan itu membimbangkan sesetengah artis kerana mereka enggan menyusahkan peminat.

Xiumin pernah tulis di laman rasmi kumpulan Exo, “Sebenarnya, saya hanya mahukan kasih sayang dan sokongan anda. Saya memang nak sangat terima semua hadiah bagi menghargai usaha anda tetapi saya dah tak ada ruang nak berjalan di rumah kerana penuh dengan hadiah. Kasih sayang dan perhatian anda adalah hadiah terbaik bagi saya.”

Member Exo lain seperti D.O., Lay dan Sehun turut berkongsi nada mesej yang sama. Pada tahun 2013, Taemin Shinee hantar balik hadiah menerusi agensinya.

Pada tahun 2018, Big Hit Entertainment yang memayungi BTS  mengumumkan mereka hanya terima surat-surat daripada peminat. Begitu juga dengan pengumuman kumpulan BLACKPINK pada tahun lepas (2021).

Sumber: SCMP, Lifestyle Asia, Channel Korea