Home Kdrama/Kmovie 7 Karya Korea Yang Harus Ditonton Jika Anda Menyukai Drama “Hellbound”

7 Karya Korea Yang Harus Ditonton Jika Anda Menyukai Drama “Hellbound”

0

Berikutan kejayaan besar yang diperoleh “Squid Game” tahun lepas (2021), “Hellbound” juga mencapai populariti yang hebat di seluruh dunia.

Drama itu berkisarkan tentang orang yang telah dihubungi oleh makhluk ghaib yang memberitahu mereka tentang tarikh dan masa kematian sambil mengutuk mereka ke neraka.

Hellbound Netflix p4

Fenomena aneh ini telah menyebabkan dunia menjadi huru- hara apabila manusia mula diburu walaupun untuk dosa yang paling kecil.

Jika anda peminat jalan cerita apokaliptik, anda akan menyukai pilihan filem dan drama Korea di bawah.

1. “Save Me”

“Save Me” mengisahkan sebuah keluarga yang porak peranda berpindah ke pinggir bandar untuk memulakan hidup baharu. Mereka disambut oleh kumpulan agama yang banyak membantu mereka, menunjukkan kebaikan dan murah hati.

Tidak lama selepas itu, mereka mendapati diri mereka berada di tengah-tengah kultus dengan rahsia jahat.

Terperangkap antara ibu bapa dan abangnya, Im Sang Mi (Seo Ye Ji) meminta bantuan rakan sekelas Han Sang Hwan (Taecyeon) untuk menyelamatkannya daripada perangkap neraka ini.

Sama seperti “Hellbound,” drama ini menggali jauh ke dalam ajaran sesat yang sangat bergantung akan idea palsu tentang persediaan untuk menyelamatkan diri pada zaman apokaliptik.

250px Save Me Poster

Disertai oleh pelakon berbakat, Seo Ye Ji dan Taecyeon mempamerkan lakonan cemerlang dalam menghidupkan watak mereka.

Trailer: Save Me

2. “Along With The Gods: The Two Worlds”

Terdapat banyak spekulasi tentang apa yang akan berlaku apabila anda mati. Dalam plot ini, setiap individu mesti menempuh beberapa ujian untuk menyelamatkan jiwa mereka daripada neraka.

Begitu juga dengan Kim Ja Hong (Cha Tae Hyun), seorang anggota bomba yang menghembus nafas terakhirnya semasa bertugas.

AAAABWFnxip 1njFwM6CFXjF7YwQW4nPt9rnv ChLMO2r8E lQVPh8Cn6SAS4EWV6mbjs1AE6dTCvSsBrqWiPsYNpPh 3wu

Sepanjang perjalanannya dikawal oleh tiga orang penjaga: Gang Rim (Ha Jung Woo), Hae Won Maek (Joo Ji Hoon), dan Lee Deok Choon (Kim Hyang Gi).

Setiap saat dari awal hingga akhir cerita sangat menakjubkan. Penonton mampu merasai setiap emosi yang dipaparkan oleh para pelakon yang hebat.

7alongwithgods00 450

Tambahan pula, jalan ceritanya sangat ‘intense’ sehingga jika anda berkelip, anda mungkin terlepas begitu banyak.

Trailer: Along with The Gods:  The Two Worlds

3. “Along With The Gods: The Last 49 Days”

Dalam “Along With The Gods” ini, penebusan bukan sahaja dikhaskan untuk manusia. Para ‘penjaga’ juga mempunyai misi tersendiri, iaitu membimbing jiwa ke-49 mereka melalui ujian untuk peluang mendapatkan semula jiwa, kebebasan dan ingatan.

Along with the Gods The Last 49 Days film

Kali ini, Ma Dong Seok memegang watak sebagai Seongju, menyampaikan lakonanannya yang hebat.

AEN20180730005800315 04 i P4

Selain sinematografi, skrip dan lakonan yang luar biasa, himpunan mesej dan pengajaran hidup yang terkandung dalam karya agung ini adalah sesuatu yang perlu dimasukkan dalam perjalanan harian seseorang di Bumi.

Trailer: Along with The Gods: The Last 49 Days

4. “Peninsula”

Empat tahun selepas peristiwa “Train to Busan,” cerita ini juga menunjukkan kucar-kacir pasca apokaliptik yang telah berkeliaran di planet ini berikutan wabak racun.

Peninsula poster

Filem ini dibintangi Kang Dong Won sebagai Jung Seok, bekas Kapten Kor Marin, Lee Jung Hyun sebagai Min Jung sebagai ahli keluarga yang masih hidup, dan Kim Min Jae sebagai Sarjan Hwang dan ramai lagi.

‘Peninsula’ membawa penonton sekali lagi ke dunia yang diatasi oleh zombi, ketakutan dan rasa serba- salah.

Trailer: Peninsula

5. “Kingdom”

Pada era Joseon, seorang putera mahkota mendapati bahawa terdapat serangan zombie yang telah menimpa negaranya.

Lalu dia memutuskan untuk menyiasat, menghapuskannya dan menyelamatkan rakyatnya daripada bencana tersebut.

Netflix Kingdom

“Kingdom” merangkumi dua musim penuh yang semuanya dikeluarkan di Netflix.

Barisan bintang termasuk Joo Ji Hoon, Bae Doona, Kim Sung Kyu, Jeon Suk Ho, Ryu Seung Ryong, Kim Hye Joon, Kim Sang Ho, Heo Joon Ho dan Jun Ji Hyun. Drama ini mendapat pujian dan kejayaan komersial yang hebat.

Trailer: Kingdom

6. “Alive”

Oh Joon Woo (Yoo Ah In) mendapati dirinya terperangkap bersendirian di dalam rumah keluarganya apabila wabak yang luar biasa mula menular.

Terperangkap di dalam rumah tanpa makanan, air, elektrik dan isyarat telefon membuatkan dia hilang harapan dan memutuskan untuk menamatkan kesengsaraannya.

AAAABe 6vxcfEdKeaE5lWi84qbfbvTvdOI5qtA6QFskFihVgYdAmMcjKl4O52ifUIuP IRyFMnESi PBTHpZ437AyrnE2n35WJMo VUwtHpSgbaMS5vfN65vkkN85LeyJg

Fikirannya namun berubah apabila dia melihat seseorang yang terselamat di seberang bangunannya, Kim Yoo Bin (Park Shin Hye).

Kedua-dua kemudian membantu antara satu sama lain dalam melari dan menyelamatkan diri dari zombi.

alive screenshot 1

Sudah menjadi ‘trend’ di Korea untuk membuat karya yang berkisarkan zombie, apocalypse dan kelangsungan hidup.

Lakonan hebat dari Park Shin Hye dan Yoo Ah In pasti membuatkan penonton tak senang duduk.

Trailer: Alive

7. “The Wailing”

Kedatangan seorang lelaki Jepun secara mengejut telah mengganggu ketenteraman di sebuah perkampungan terpencil di Korea.

Atas sebab tertentu, penduduk kampung mula menunjukkan gejala yang akhirnya mendorong mereka untuk membunuh keluarga mereka sendiri.

Wailing feature

Jong Goo (Kwak Do Won), seorang anggota polis, mula menyiasat kejadian misteri ini, tetapi apabila anak perempuannya yang terbaring di katil juga mengalami gejala yang sama, dia bertekad untuk menamatkan malapetaka ini untuk selama-lamanya.

MV5BMTUyNzcxMjAxMF5BMl5BanBnXkFtZTgwNDM5MzA5ODE@. V1

Seorang bomoh bernama Il Gwang (Hwang Jung Min) dan seorang wanita misteri (Chun Woo Hee) menyertai Jong Goo dalam usahanya untuk menyelamatkan kampungnya.

p9 hadfield wailing a 20170309 e1488968297348

Tidak ada sesaat pun yang membosankan sepanjang kelangsungan filem ini. Para pelakon menunjukkan kebolehan yang luar biasa, sekaligus menghidupkan karakter dengan sangat bagus.

Trailer: The Wailing

Sumber: Soompi