Home Entertainment Agensi Nekad Nak Lindung Ji Hyo Daripada ‘Haters’

Agensi Nekad Nak Lindung Ji Hyo Daripada ‘Haters’

0

Gosip, maklumat palsu, komen negatif dan hinaan yang melingkari aktres Song Ji Hyo dalam dunia maya semakin menjadi-jadi.

Lantaran itu, agensi pengurusan aktres tersebut, Creative Group ING dilaporkan mengeluarkan kenyataan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mengganggu pelakon itu.

“Menyiar dan menyebar fitnah serta penghinaan bagi membunuh karakternya berdasarkan maklumat tidak berasas atau tidak sahih jelas menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan tegas.”

“Perkara ini berlaku sejak dulu lagi, kami menyedarinya berdasarkan pemerhatian dan aduan daripada peminat. Kami meraikan kebebasan bersuara di internet namun kini kami tidak boleh berdiam diri lagi.”

“Oleh itu, kami akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang bertindak tak elok. Dengan tegasnya kami ingin tekankan bahawa tiada sebarang kelonggaran dalam proses ini. Laporan daripada peminat juga penting, adukan kepada kami menerusi e-mel sekiranya anda jumpa kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.”

“Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu menyokong Song Ji Hyo. Syarikat akan terus komited melindungi maruah dan karakternya sebagaimana kariernya sebagai seorang selebriti.”

Sumber: Soompi