Home Artis Korea “Revenant”- 9 info terbaru Kim Tae Ri dirasuk Iblis

“Revenant”- 9 info terbaru Kim Tae Ri dirasuk Iblis

0

Kim Tae Ri kembali menemui para peminat setia melalui projek lakonan terbaru yang bertajuk Revenant, bakal tayang pada 23 Jun ini!

Drama siri terakhirnya iaitu Twenty Five Twenty One berjaya meraih kejayaan yang sangat besar. Keserasiannya bersama Nam Joo Hyuk juga turut berjaya mendapat pujian dari para penonton.

IMG 1351 1

Jika genre yang dilakonkan sebelum ini dengan nuansa slice of life, kali ini pelakon berbakat ini mencuba pula genre baru iaitu genre thriller. Aksi Kim Tae-ri dalam drama ini sangat dinantikan oleh para peminatnya. Tentu sahaja kerana para peminat tidak sabar untuk menonton watak baru yang akan ditampilkan.

Dalam drama siri Revenant ini, Kim Tae Ri akan bergandingan dengan Oh Jung Se dan Hong Kyung. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan kejadian misteri dan perlu berhadapan dengan roh iblis yang jahat.

Baca lagi: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini

Bagaimanakah agaknya lakonan Kim Tae Ri dalam drama siri Revenant? Jom sama-sama kita lihat info terbaru seperti berikut ini:

e64b9286 6840 49ca b8a6 e3d827a718901. Drama siri Revenant berkisar tentang kisah Ku San Young (Kim Tae Ri), pada siang hari dia bekerja sambilan untuk memenuhi keperluan hidupnya

Revenant2. Sementara itu, Ku San Young juga sedang membuat persediaan untuk menyertai ujian jawatan awam. Pada malam hari juga dia sangat tekun belajar

284f3fce 8f84 4d36 a666 045a2b55412e3. Pada suatu hari, dia menerima kiriman bungkusan daripada mendiang ayahnya. Perkara ini sangat membingungkan kerana identiti pengirim yang misteri

ff5b4f46 1dd1 4155 8be6 f8c6a990c4554. Ku San Young memutuskan membuka bungkusan tersebut untuk mengetahui isinya, tetapi pada waktu itu juga dia tiba-tiba telah dirasuk oleh roh iblis yang jahat

0ef0a649 e49c 4be7 9744 20ba626483e35. Selain kerasukan yang kerap menghantui Ku San Young, tiba-tiba juga kerap terjadi kematian misteri di sekelilingnya

Baca juga: 7 Fakta Oh Hung Se Dalam Kdrama Revenant, Watak Yang Pernah Ditolak Gong Yoo

4532a6d6 47dd 48a2 bbba cc4c848b7c846. Kejadian-kejadian mistik inilah yang menemukan Ku San Young dengan Yeom Hae Sang yang akan melawan iblis jahat

8749abe3 bfef 42e0 8167 0038c92e6f247. Drama siri Revenant menjadi projek thriller pertama Kim Tae Ri. Karakter yang dilakonkan kali ini juga sangat berbeza dengan karakter sebelum-sebelumnya

c7340d73 2eb6 44ca 8608 c8905b40acc38. Kim Tae Ri melakonkan dua watak yang berbeza dalam drama siri ini, iaitu sebagai Ku San Young versi sedar dan sewaktu dirinya sedang kerasukan

IMG 21869. Kim Tae Ri tidak akan bersendirian kerana Oh Jung Se dan Hong Kyung juga turut terlibat berlakon sama dengannya

Kehebatan dan kemampuan Kim Tae Ri membawakan watak dalam setiap drama siri dan filem yang dibintanginya memang layak mendapat pujian dan penghargaan. Pelakon ini tidak pernah gagal untuk mencipta keserasian dengan pelakon lain yang digandingkan dengannya.

Para peminat pasti sedang setia menantikan drama terbarunya ini yang akan ditayangkan pada 23 Jun 2023 nanti! Sebelum itu jom kita saksikan Trailer #3 yang baharu sahaja dikeluarkan!

Baca lagi: 4 Kdrama yang dibintangi oleh Hwang Min Hyun