Home Entertainment 7 Fakta Oh Hung Se Dalam Kdrama Revenant, Watak Yang Pernah Ditolak...

7 Fakta Oh Hung Se Dalam Kdrama Revenant, Watak Yang Pernah Ditolak Gong Yoo

0

Kdrama Revenant siri terbaharu bakal ditayangkan tidak lama lagi

Kdrama Revenant ialah siri televisyen thriller misteri ghaib Korea Selatan yang akan datang yang ditulis oleh Kim Eun-hee, diarahkan oleh Lee Jung-rim, dan dibintangi oleh Kim Tae-ri, Oh Jung-se dan Hong Kyung. Ia dijadualkan ditayangkan di SBS TV pada 23 Jun 2023, dan akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu pukul 22:00 (KST). Kdrama Revenant ini juga boleh diakses di OTT Disney Plus.

IMG 1352

Drama siri tersebut mengangkat genre seram dan thriller dalam jalan ceritanya. Kim Tae Ri, Oh Jung Se, dan Hong Kyung membawa watak utama yang akan menyelesaikan beberapa kes kematian penuh misteri yang berlegar di sekitar lima benda suci.

IMG 1354

Bagi Oh Jung Se sendiri, drama siri ini menjadi comeback buatnya setelah dia hanya tampil sebagai cameo pada dalam drama siri popular Taxi Driver 2 dan Little Women tahun lalu. Oh Jung Se dalam drama siri ini melakonkan watak sebagai Yeom Hae Sang yang pada awalnya watak ini pernah ditawarkan kepada Gong Yoo.

Berikut ini merupakan tujuh fakta berkenaan watak Yeom Hae Sang. Jom sama-sama kita lihat:

dc73bf7d a50a 4f44 b2ee c603976cc34a1. Yeom Hae Sang adalah seorang profesor di Jabatan Cerita Rakyat di sebuah universiti. Dia lahir sebagai anak tunggal daripada sebuah keluarga yang kaya raya

f7f26ce7 75a6 49b1 896f 891783fc427c2. Yeom Hae Sang selalu mengenakan pakaian hitam dan dilengkapi dengan barang-barangan mewah miliknya, bermula dari jam tangan, sut, dan juga kereta

b2da81b5 06e0 4fa2 874c 798074ba3e3e3. Sejak kecil dia sudah boleh melihat hantu dan dewa. Yeom Hae Sang pada awalnya berpura-pura tidak merasa takut dan tidak melihat mereka

Kdrama revenant4. Namun, dia menjadi obses dengan dengan makhluk-makhluk tersebut dan mula merasa dia perlu mengetahui apakah yang perlu dia temui dengan kebolehannya itu dan cerita rakyat memiliki jawapan yang pasti menarik

920c4094 91e3 4551 8f47 ec222786f26a5. Sewaktu melakukan penyelidikan di sebuah desa yang tidak terurus, dia selalu bertemu dengan dewa yang baik hati, roh gentayangan, atau jiwa yang menyedihkan yang sedang tersesat

988d96ef 2106 4160 925b b3f1d48879216. Namun, pada suatu hari dia bertemu dengan Ku San Young (Kim Tae Ri). Gadis itu dirasuk oleh iblis yang puluhan tahun lalu telah membunuh ibu Yeom Hae Sang

a94677fe d355 418a 8089 1809fd669a787. Dia dan Ku San Young bersatu untuk menangkap iblis itu yang semakin kuat setelah membunuh. Namun, dia terpukul dengan satu fakta yang amat mengejutkan!

Perjalanan Yeom Hae Sang untuk mencari iblis yang membunuh ibunya akan terungkap pada 23 Jun ini. Buat anda yang tertarik dengan Kdrama ini , Kdrama Revenant ini boleh diakses di OTT Disney Plus. Jangan lupa nantikan tayangnya!

IMG 1353

Sebelum itu berikut merupakan watak serta peranan para pelakon utama untuk Kdrama Revenant ini:

Seorang pendakwa raya yang telah bersiap sedia untuk peperiksaan perkhidmatan awam gred 9. Dia terjerat dalam kematian misteri, selepas menerima barang-barang arwah bapanya.
Seorang profesor cerita rakyat dari keluarga kaya. Dia mempunyai keupayaan untuk melihat roh dan alam ghaib.
Seorang leftenan di Unit Siasatan Jenayah Keganasan Kerajaan Metropolitan Seoul.

Baca lagi: 10 Kdrama Pembunuhan Penuh Plot Twist, Berjaya Buat Penonton Tergamam

Baca juga: 7 Kdrama Terbaru Bakal Tayang di Netflix