Home Artis Korea 4 Kdrama yang dibintangi oleh Hwang Min Hyun

4 Kdrama yang dibintangi oleh Hwang Min Hyun

0

Hwang Min Hyun berjaya membuat para peminat terpukau melalui bakat menyanyi dan juga lakonannya. Anak seni ini sudah beberapa kali berlakon dalam drama siri dan juga filem.

IMG 2182

Penyanyi dan juga pelakon yang dilahirkan pada 9 Ogos 1995 ini juga turut akan berlakon dalam drama siri baru yang khabarnya akan ditayangkan pada bulan Julai 2023 yang akan datang.

Jom sama-sama kita lihat 4 drama siri Korea Selatan yang dibintangi oleh pelakon muda ini:

1. Live On (2020)

Hwang min hyun

Live On menceritakan tentang pelajar sekolah menengah yang popular di media sosial dan sekolahnya kerana penampilan. Pada suatu hari Baek Ho Rang mengetahui ada seseorang yang cuba untuk mengungkap rahsianya. Untuk mencari individu misteri itu, dia memutuskan untuk bergabung dengan kelab penyiaran sekolahnya.

Dia bertemu dengan Go Eun Taek iaitu ketua kelab penyiaran yang sangat dikenali sebagai seorang perfectionist dan dihormati oleh setiap ahli kelab. Drama siri ini ditayangkan pada 17 November 2020 dan dibintangi oleh Hwang Min Hyun bersama Jung Da Bin, Ro Jong Hyun, Yang Hye Ji, Yeon Woo, dan Choi Byung Chan.

2. Alchemy of Souls (2022)

c2603a35 2468 4b0f af50 8370cd4869f7Membawa watak sebagai Seo Yul, Hwang Min Hyun menjadi pelakon utama dalam drama siri Alchemy of Souls bersama Lee Jae Wook dan Jung So Min. Drama yang ditayangkan pada 18 Jun 2022 ini menceritakan tentang seorang pembunuh iaitu Naksu, yang jiwanya terperangkap dalam tubuh lemah Mu Deok, iaitu orang gaji kepada Jang Uk daripada keluarga ahli sihir yang kuat.

Tuan muda keluarga tersebut menyimpan rahsia yang tragik tentang kelahirannya yang memalukan. Dia ingin membunuh orang yang lebih jahat untuk membantu mengubah takdirnya.

3. Alchemy of Souls: Light and Shadow (2022)

8595980c e4b8 474f af77 1059c4454b2dAlchemy of Souls: Light and Shadow merupakan bahagian 2 untuk drama siri Alchemy of Souls. Drama siri ini ditayangkan pada 10 Disember 2022. Masih membawa karakter yang sama, Hwang Min Hyun membintangi drama ini bersama Lee Jae Wook dan Ko Yoon Jung.

Alchemy of Souls: Light and Shadow masih bertempat di negara fiksyen Daeho, dengan cerita tiga tahun setelah bahagian 1 berakhir. Jang Uk kembali dan menjadi pemburu roh yang kejam. Dia kemudian bertemu dengan Jin Bu Yeon yang mirip dengan NakSu.

4. My Lovely Liar (2023)

7201be0f 415d 467c 9ced 43b511aad0e4My Lovely Liar merupakan drama terbaru Hwang Min Hyun yang dijadualkan akan ditayangkan pada 24 Julai 2023 yang akan datang. Membawa watak sebagai Kim Do Ha, Hwang Min Hyun akan bergandingan dengan Kim So Hyun, yang membawa watak sebagai Mok Sol Hee. Drama siri ini menceritakan tentang Mok Sol Hee, yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu dapat membezakan jika seseorang itu sedang berbohong atau tidak.

Namun dia membenci kebolehannya itu dan melihatnya sebagai satu sumpahan. Oleh kerana dia boleh mengetahui siapa yang berbohong, jadi amat sukar baginya untuk mempercayai sesiapa pun. Pada suatu hari dia terlibat dengan suspek pembunuhan yang mengaku dirinya tidak bersalah, namun tiada siapa yang mempercayai suspek tersebut.

IMG 2179Hwang Min-hyun atau lebih dikenali sebagai Minhyun, adalah penyanyi-penulis lagu dan pelakon yang berasal dari Korea Selatan. Dia memulakan debutnya pada tahun 2012 sebagai vokalis utama untuk kumpulan vokal lelaki yang dikenali sebagai NU’EST. Dia juga dikenali kerana berada di tangga kesembilan dalam siri Produce 101 musim ke 2 yang membuatnya menjadi anggota Wanna One.

Baca lagi: My Lovely Liar, Kdrama comeback Kim So Hyun

Baca juga: 5 Kdrama Julai 2023 Yang Sangat Dinantikan