Home Entertainment My Lovely Liar, Kdrama comeback Kim So Hyun

My Lovely Liar, Kdrama comeback Kim So Hyun

0
My lovely liar

Setelah berjaya mencuri perhatian menerusi drama siri popular Alchemy of Souls, Hwang Min Hyun akan kembali lagi dengan drama siri terbaru, pelakon ini akan bergandingan dengan Kim So Hyun pada Julai yang akan datang.

Hwang Min Hyun akan berlakon dalam drama terbaru tvN yang bertajuk My Lovely Liar.
Dengan menyatukan Kim So-hyun dan Hwang Min-hyun, tentu sahaja drama My Lovely Liar ini sangat dinantikan oleh para peminat setia.

Sebelum rasmi ditayangkan, berikut ini merupakan beberapa fakta menarik mengenai drama siri My Lovely Liar:

316b33a2 eee0 4841 ac3c f8d4518cf8841. Menceritakan tentang wanita yang mempunyai kebolehan istimewa

Drama siri My Lovely Liar menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Mok Sol Hee (Kim So Hyun) yang mempunyai kebolehan istimewa yang dapat membezakan antara orang yang sedang berbohong atau tidak.

Namun, dia sangat membenci kebolehannya itu dan memandangnya sebagai satu sumpahan. Mok Sol Hee merasa kesukaran dalam hidupnya kerana dia tidak boleh mempercayai sesiapa pun di dalam hidupnya.

Pada suatu hari, Mok Sol Hee terlibat dengan suspek pembunuhan (Hwang Min Hyun) yang bernama Kim Do Ha yang mengaku bersungguh-sungguh bahawa dia tidak bersalah. Tetapi sayangnya tidak ada seorang pun yang memercayainya. Bagaimanakah seterusnya kisah Mok Sol Hee?

efec4bb9 486f 42b5 bf89 3e2ba0360f462. Comeback Kim So Hyun setelah 2 tahun menyepi

Setelah 2 tahun lamanya, Kim So Hyun akhirnya kembali menemui peminat setia melalui drama siri My Lovely Liar. Pelakon ini terakhir kali membintangi drama pada tahun 2021, iaitu drama siri yang bertajuk Love Alarm 2 dan River Where the Moon Rises.

Pada tahun 2023 ini, pelakon serba boleh ini telah dipilih sebagai pelakon utama untuk drama siri My Lovely Liar. Dia akan membawa watak sebagai Mok Sol Hee, seorang wanita yang mempunyai kebolehan istimewa yang boleh membaca pembohongan orang lain.

70a40980 b448 4258 9ef3 9ee02b888e623. Gabungan yang penuh keserasian antara Kim So Hyun dan Hwang Min Hyun

Sejak pengumuman barisan para pelakon, ternyata ramai yang sudah tidak sabar menantikan drama siri My Lovely Liar ini. Tambahan pula ramai peminat yang telah menantikan gabungan antara Hwang Min Hyun dan Kim So Hyun setelah beberapa potongan teaser dilepaskan.

Melalui potongan teaser yang dikongsikan, kedua-duanya sudah dilihat berjaya menunjukkan keserasian yang sempurna antara satu sama lain.

92907612 1280 47ac 9a1b f93c5dccbf1a4. Jadual tayangan drama siri My Lovely Liar

Bagi anda yang sudah tidak sabar, drama My Lovely Liar dijadualkan akan ditayangkan di saluran tvN pada 24 Julai 2023 nanti. Drama siri ini akan mengisi slot tayangan setiap Isnin dan Selasa malam.

Drama siri ini menjadi salah sebuah karya dari pengarah Nam Sung Woo yang sebelum ini telah mengarahkan Love in Contract (2022) dan My Roommate is A Gumiho (2021). Barisan pelakon yang membintangi drama siri ini adalah seperti Kim So Hyun, Hwang Min Hyun, Seo Ji Hoon, dan juga Yun Jin On. Nantikan, ya!

Baca lagi: 5 Kdrama Julai 2023 Yang Sangat Dinantikan

Baca juga: 10 Kdrama terbaru dibintangi oleh para pelakon Dr. Romantic 3