Home Artis Korea 10 Kdrama terbaru dibintangi oleh para pelakon Dr. Romantic 3

10 Kdrama terbaru dibintangi oleh para pelakon Dr. Romantic 3

0

Dr. Romantic 3 merupakan musim ketiga untuk siri Dr. Romantic yang mana musim pertamanya telah ditayangkan pada tahun 2016. Musim ketiga ini didominasi oleh pelakon-pelakon dari musim kedua, iaitu Han Suk Kyu, Ahn Hyo Seop, Lee Sung Kyung, dan Kim Min Jae.

Selain itu, terdapat juga beberapa orang pelakon lain yang menjadi pelakon pembantu dan berjaya membuatkan drama siri ini semakin menarik.

Bukan hanya membintangi drama siri Dr. Romantic 3, para pelakonnya juga sudah dipilih untuk membintangi pelbagai Kdrama terbaru yang lain.

Baca lagi: 5 Kdrama Julai 2023 Yang Sangat Dinantikan

Buat anda yang masih lagi tidak boleh move on dengan Dr. Romantic 3, jom sama-sama lihat drama siri terbaru para pelakon Dr. Romantic 3 yang telah kami senaraikan seperti di bawah ini:

Dr. Romantic 31. Drama siri ini belum diketahui bilakah tarikh tayangannya, Han Suk-kyu bakal bergandingan dengan Jung Yu Mi dalam drama siri adaptasi novel, When the Day Breaks

e63a5623 9c2a 4543 8ceb c353c07eef892. Ahn Hyo-seop akan terjerat dengan kisah romantik dengan Jeon Yeo Bin sebagai pasangan kekasih dalam drama siri A Time Called You yang dijadualkan akan tayang pada bulan Julai nanti

d3910374 c317 4dc7 8a82 4356c32b8af33. Sebelum tampil dalam drama siri Dr. Romantic 3, Lee Sung-kyung sudah bergandingan bersama Kim Young Kwang dalam drama siri Call It Love yang mengisahkan tentang kisah percintaan yang rumit

426798d7 5822 4f2e b318 9a839e6253314. Mengisahkan tentang pengembaraan luar angkasa dan angkasawan, Ask the Stars dibintangi oleh Kim Joo-hun yang membawa watak sebagai seorang angkasawan veteran

14b42a6d bd95 4bff ac6b 1ad9c0fb64755. Kim Min Jae membuat penampilan istimewa dalam Bloodhounds, drama siri terbaru Netflix tentang dua orang petinju yang masuk ke dunia lintah darat dah pinjaman wang

97b86ce6 52e3 483e 9e50 c6b5065465a36. Kim Joo-hun telah disahkan akan berlakon dalam Diva of the Deserted Island. Drama siri ini mengusung kisah seorang gadis yang terdampar di pulau terpencil

420e20f7 c313 41d3 a529 b72bfe23fd657. Dibintangi oleh Jin Kyung, The Story of Park’s Marriage Contract membawa tema perkahwinan kontrak dengan kisah pengembaraan masa

43ad4d71 c71c 4854 a2d8 5df6d821a90f8. Selain itu, Jin Kyung juga akan kembali menerusi drama siri yang dinantikan ramai iaitu Extraordinary Attorney Woo 2 yang dirancang akan tayang pada tahun 2024

bb585b11 b04c 41b1 8614 b2be5e424b1e9. Lee Shin Young bergabung dengan Xiumin EXO untuk membintangi Boss-dol Mart, drama siri tentang kumpulan idola yang mengambil alih sebuah pasaraya

Kdrama10. Tale of the Nine-Tailed 1938 baru sahaja tamat dengan kisah pengembaraan waktu gumiho. Lee Kyu Ho menjadi pelakon undangan istimewa dengan watak sebagai askar upahan Jepun

Dr. Romantic 3 telah melabuhkan tirai dalam 16 episod pada 17 Jun 2023 yang lalu. Nampaknya para peminat akan mengubati rasa rindu mereka dengan menonton drama siri terbaru yang tersenarai di atas. Selamat menonton ya!

Baca lagi: Ji Chang Wook, Shin Hye Sun Berpasangan dalam Drama Baharu 2023

Baca juga: Dr. Romantic 3 – 6 persoalan bakal terjawab di episod akhir