Home Entertainment Ravn ONEUS Dikecam Kerana Didakwa Meminta Peminatnya Hadiah Mahal

Ravn ONEUS Dikecam Kerana Didakwa Meminta Peminatnya Hadiah Mahal

0

Selalunya, peminat ingin menyatakan cinta dan sokongan mereka kepada artis pujaan kegemaran mereka dengan memberi mereka hadiah yang unik dan kadangkala mahal.

Malangnya, sesetengah idol menyalahgunakan hal ini dan dengan terang- terangan meminta kepada peminat untuk barangan mewah tertentu atau barangan yang sukar diperoleh.

RAVN #ONEUS [180624] ©️Limerence | Do not edit or crop logo. | Kpop guys, Boy bands, Boy groups

Baru-baru ini, Ravn ONEUS mendapat kecaman kerana dia didapati “mengemis” kepada peminat untuk barangan tertentu dan berharga tinggi.

Seorang netizen mengumpulkan semua mesej yang dihantar idola itu kepada peminatnya dalam aplikasi atas talian dan menulis bahawa Ravn secara konsisten dan berterusan meminta peminatnya hadiah yang mahal.

Netizen itu menunjukkan mesej Ravn yang bertanyakan tentang bangku taman yang tertera tulisan.

“Sesuatu yang saya ingin tahu sejak dahulu! Apa yang anda perlu lakukan untuk menulis huruf di bangku di Taman Hutan Seoul?”-Ravn

Seorang peminat turut berkongsi, “Selain itu Kim Young Jo (nama sebenar Ravn) bertanya melalui Bubble berapa harga untuk menulis namanya di bangku Seoul Forest Park dan berkata dia malas untuk ‘google’ jadi dia (buat-buat) bertanya kepada peminat.

1665772447 image

1665772494 image

Individu boleh menggunakan bangku di Seoul Forest Park jika mereka menderma sejumlah wang kepada taman itu. Individu yang menderma lebih 1 juta KRW (~RM3261) boleh mengukir nama mereka di atas bangku itu.

Peminat K-pop telah menggunakan acara sumbangan ini sebagai cara untuk meninggalkan tulisan nama idola kegemaran mereka di bangku itu.

Maklumat ini mudah didapati dalam talian, jadi netizen mengecam Ravn, kerana dia seolah-olah berharap ada peminat yang melakukan untuknya juga.

Selain itu, netizen turut berkongsi kejadian lain di mana Ravn dilihat secara tidak langsung meminta barangan daripada peminat. Dalam setiap kejadian itu, dia akan menyatakan kepada peminat betapa dia mahukan item itu dan akan berkongsi foto benda yang dia mahukan.

Baca lagi: “Orang Tengah Buat Persembahan, Macam Tu Je Dia Suruh Berhenti?!” Persembahan IVE Dipaksa Berhenti

Baca lagi: Peminat Tuntut Permohonan Maaf Dari Individu Yang Menuduh Crush Sebagai Rasis Selepas Video Baharu Ini Didedahkan

1665771327 image

1665771904 image

Selain itu, dia memberitahu peminat ada barangan ‘limited edition’ yang akan dikeluarkan mulai 30 September tetapi menyatakan dia sedih kerana dia tidak akan dapat mendapatkannya kerana jadual hariannya.

Netizen mula memberi komen seperti, “Wah, dia sangat kurang ajar,” “Saya sangat berharap tidak ada peminat yang membawanya barang-barang mahal itu,” “Perkara bangku Taman Hutan Seoul itu sangatlah kelakar. Itu adalah acara sokongan yang dilakukan oleh peminat,” “Ini adalah kali pertama saya melihat seorang selebriti pada dasarnya meminta sesuatu kepada peminat” dan “Dia memang merayu untuk dapatkan benda yang dia nak.”

Sumber: [1]