Home Entertainment Hwasa Tetap Mahukan ‘Ini’ Walaupun Terpaksa Susahkan Ahli MAMAMOO Yang Lain

Hwasa Tetap Mahukan ‘Ini’ Walaupun Terpaksa Susahkan Ahli MAMAMOO Yang Lain

0

Pada episod minggu ini ‘Things That Make Me Groove’ musim 2, penonton dapat menonton interaksi di antara tetamu iaitu MAMAMOO bersama dengan Eun Ji Won, Kyuhyun Super Junior dan Song Min Ho WINNER. Di sini, mereka meluangkan masa untuk mengenali setiap ahli MAMAMOO.

1665815546 20221015 hwasa

Semasa membincangkan tentang mukbang sensasi HwaSa, Song Min Ho bertanya, “Ia sangat unik. Awak sedang makan gopchang dengan kuku yang panjang gila ini. Ada tak masa yang awak rasa tidak selesa berkuku panjang?”

Sebagai tindak balas, Moon Byul berkata, “Kami sentiasa kena tolong dia. Seperti membuka zip seluarnya.”

MAMAMOO Member Wheein Will Leave the Group After 2023 | Teen Vogue

Eun Ji Won kemudian mengulas, “Tak boleh ke awak pegang zip dengan ibu jari dan jari telunjuk awak, seperti yang kebiasaan orang buat?” Song Min Ho kemudian bertanya, “Macam mana awak boleh cuci muka?”

Bagaimanapun, HwaSa ketawa dan menjelaskan, “Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencuci muka. Terdapat beberapa tugas harian yang sukar, seperti butang baju atau membuka tin soda. Tetapi saya masih nakkan kuku panjang ini. ”

Baca Lagi: Choi Jong Bum Diarahkan Membayar Ganti Rugi Kepada Keluarga Mendiang Hara Kerana Menyebabkan Kematian Idola Itu

Baca Lagi: Taecyeon 2PM ‘Menggoda’ Peminat Dengan Gambar Barunya Ini

Sumber: [1]