Home Entertainment Extra Debaran Jika Anda Tonton 4 K-Filem Ini Di Waktu Malam, Ada...

Extra Debaran Jika Anda Tonton 4 K-Filem Ini Di Waktu Malam, Ada Lee Kwang Soo!

0

Bercakap tentang drama atau filem Korea, pastinya peminat akan melihat siapakah pelakonnya.

Selain itu juga, jalan cerita yang bagus pastinya akan menarik minat penonton. Kepada peminat cerita-cerita yang suspen, jom kita lihat 4 K-filem yang mendebarkan ini:

Toxic (2022)

toxic poster 1

Jung Tae-Hun (Kim Sang-Kyung) ialah ketua doktor pusat trauma di hospital. Anaknya tiba-tiba meninggal dunia kerana penyakit paru-paru yang misteri.

Tidak lama kemudian, isterinya Han Gil-Ju (Seo Young-Hee) juga meninggal dunia kerana penyakit yang sama.

Jung Tae-Hun cuba mencari punca penyakit anak dan isterinya dengan kerjasama daripada adik kepada mendiang isterinya, Han Young- Ju (Lee Sun Bin).

Mampukah mereka membongkar misteri di sebalik kematian yang berlaku? Kena tengok movie penuh di sini.

Filem ini telah mula ditayangkan pada 22 April 2022.

Midnight (2021)

Midnight KM mp01

Midnight menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Kyung-Mi (Jin Ki-Joo). Dia mempunyai masalah pendengaran.

Dia bekerja sebagai kaunselor bahasa isyarat. Pada suatu hari di waktu malam, di Seoul, dia terserempak dengan pembunuh bersiri Do-Sik (Wi Ha-Joon). Kyung-Mi berusaha melarikan diri daripadanya, namun…

Filem mendebarkan ini takkan mampu buatkan anda duduk diam. Tonton filem penuh Midnight di sini.

Baca lagi: 5 K-Drama supernatural yang harus anda tonton

Baca lagi: Drama Siri Thai yang Anda Boleh Tonton di Viu

Monster (2014)

Monster Korean Movie p1

Filem ini juga merupakan filem yang penuh dengan unsur suspen dan mendebarkan. Bok-Soon (Kim Go-Eun) tinggal bersama adiknya. Dia berniaga di gerai jalanan.

Bok-Soon seorang yang agak ‘slow’, tetapi apabila orang membuatnya marah dia boleh menjadi gila. Sebab itu dia dikenali sebagai “wanita gila”.

Suatu hari, seorang pembunuh yang bernama Tae-Soo (Lee Min-Ki) muncul di hadapannya. Untuk menyembunyikan rahsianya, dia telah membunuh adik Bok-Soon.

Bok-Soon kemudian mengejar Tae-Soo untuk membalas dendam atas kematian adiknya. Tetapi, tanpa Bok-Soon sedar, rupanya dia sendiri merupakan target Tae-Soo yang seterusnya.

Berjayakah Bok Soon membalas dendam dan melarikan diri? Korang wajib tonton filem ni dekat sini.

Sinkhole (2021)

MV5BMTBjNDRmNTktYWY1Ny00ODE4LTk5MjEtNGQ4OWFmZDZlZTVlXkEyXkFqcGdeQXVyMTEwODEzNTU@. V1

Filem yang terakhir ini juga sangat mendebarkan, walaubagaimanapun filem ini mempunyai unsur yang kelakar. Berita baik untuk peminat Running Man, Lee Kwang Soo merupakan salah seorang pelakon yang berlakon dalam filem hebat ini.

Jung Man-Soo (Cha Seung-Won) ialah penduduk di Chungwoon Villa, iaitu sebuah bangunan pangsapuri murah. Dia bekerja keras untuk membesarkan anaknya seorang diri.

sinkhole

Park Dong-Won (Kim Sung-Kyun) bekerja di sebuah syarikat. Dia akhirnya berjaya membeli rumah selepas 10 tahun. Namun, tidak lama selepas itu, rumahnya telah jatuh ke dalam tanah (sinkhole). Park Dong-Won dan rakan sekerjanya Kim Seung-Hyun (Lee Kwang-Soo) telah terperangkap di dalam rumah yang runtuh itu.

Berjayakah mereka keluar dari ‘sinkhole’ itu? Jom sama-sama saksikan filem penuh Sinkhole di sini.

Saksikan kesemua filem ini di Viu. Selamat menonton!