Home Kdrama/Kmovie Drama Siri Thai yang Anda Boleh Tonton di Viu

Drama Siri Thai yang Anda Boleh Tonton di Viu

0

Pernah tak rasa jemu asyik tengok cerita Korea je? Mesti rasa macam nak tengok cerita lain pulak kan? Macam daripada Filipina ke, China ke. Jadi, ni nak kongsi sikit cerita dari negara Thailand yang korang boleh tonton dekat Viu ni. Ada pelbagai tau drama bersiri dan filem-filem yang menarik. Berikut adalah senarai drama bersiri Thailand yang korang boleh tonton di Viu:

The Three GentleBros

Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang ibu yang membesarkan tiga anak nya dengan menjadi seorang yang tegas. Mam Kathaleeya McIntosh memegang watak sebagai Pimpattra Phurin, ibu yang sangat mengawal kehidupan ketiga-tiga anak lelakinya bahkan telah menetapkan jodoh untuk mereka bertiga. Ketiga-tiga anak lelakinya, Tay Tawan Vihokratana memegang watak sebagai Thevis Chattra (Thames) , Gun Atthaphan Phunsawat memegang watak sebagai Ashira Sudakarn (Arty) dan Luke Ishikawa Plowden memegang watak sebagai Itchaya Prapavisanu (Itch).

Lagi menjadi masalah apabila ketiga-tiga anak lelaki mereka ini bukan lah daripada ayah yang sama. Mereka telah memiliki kisah cinta masing-masing dan berniat untuk menentukan hidup mereka sendiri tetapi ternyata ibu mereka sangat bersikap tidak adil dengan menjadi seseorang yang menetapkan nasib hidup mereka.

Itch telah berhubungan dengan Kaewkla, yang merupakan adik kepada hasil hubungan curang ayahnya dengan wanita lain. Sedangkan ibunya meninginkan seseorang yang mempunyai taraf hidup yang tinggi dan bersopan santun.

Pimpattra ingin wanita yang hidup dengan Tevis menghormati orang tua dan berpakaian sopan. Tetapi Tevis telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang memiliki sifat seakan mirip ibunya, Nuengnaret.

Ashira pula enggan berjodoh dengan wanita pilihan ibunya apabila telah mengupah seorang sahabat ibunya untuk berpura-pura menjadi kekasih hatinya iaitu Nareeya.

Adakah mereka bertiga ini akan terus membuat keputusan sendiri atau akan mengikuti sahaja kemahuan ibunya dalam menentukan kehidupan mereka?

Friend to Enemy 

Drama ini mengisahkan tentang kisah persahabatan dua sahabat lelaki yang menjadi musuh setelah meminati wanita yang sama. Drama yang membawa genre melodrama ini dibintangi oleh Pae Aruk, Tony Rakkan & PookLook Fonthip sebagai watak utama.

Mengisahkan tentang Veha dan Tawan yang merupakan teman rapat sebelum mereka telah jatuh cinta kepada wanita yang sama dan hubungan persahabatan mereka telah berakhir.

Veha seorang pemuda miskin, namun bekerja keras dan hanya melakukan perkara yang benar. Sedangkan Tawan merupakan pewaris kepada sebuah perniagaan besar dan hidup dalam keadaan yang bebas. Nitan seorang wanita yang cantik dan dibesarkan dalam keluarga yang serba mewah, dan percaya pada cinta sejati.

Hubungan mereka sebagai sahabat yang berubah kepada musuh berpunca apabila Tawan berang akan Veha yang telah mengkhianati nya dengan diam-diam menjalinkan hubungan dengan Nitan, dan Veha pula marah kepada Tawan kerana mengganggap bahawa dia adalah punca kepada kematian ibunya.

Veha yang kehilangan ibunya dan dipaksa untuk memutuskan hubungan dengan Nitan akhirnya telah membawa diri dan berjumpa dengan Tuan Ken, seorang ahli perniagaan yang kaya. Veha telah menyelamatkan hidupnya daripada pembunuhan dan Tuan Ken telah mengambil Veha menjadi anak angkat. Veha telah menemui semula Tawan dimana kali ini mereka telah memiliki status kehidupan yang setara dan kembali bersaing untuk mendapatkan semula cinta mereka.

Real Fake

Drama genre komedi romantis ini diarahkan oleh pengarah daripada M39. Drama sebanyak 12 episod ini mengisahkan tentang polis muda yang terkenal di laman sosial sebagai wakil TAT dan cuba untuk mengejar gangster palsu yang dijalankan oleh ‘Real’, seorang gadis yang cantik dan bijak daripada rumah yatim piatu.

Suatu hari, Gob telah berjumpa dengan sebuah beg yang berisi jutaan duit dolar Amerika yang akhirnya mengheret dirinya untuk terlibat dalam perdagangan duit haram. Adakah Gob akan membantu Real atau sebaliknya? Siapa yang betul dan siapa yang palsu?

Lip Gloss Spy 

Baralee, seorang yang cuai mula berasa bosan apabila bekerja sebagai seorang konsultan kecantikan dan mula memasang cita-cita untuk menjadi ‘spy’. Rakan polisnya memberi sokongan dan mula membantu dia untuk menjadi seorang ‘spy’. Dia mampu menggunakan apa sahaja daripada beg make-up nya dan berjumpa dengan lelaki yang mampu menawan hatinya.

Tontoni drama dari Thailand ini hanya di aplikasi Viu Malaysia! Langgani pakej premium Viu untuk menikmati tontonan tanpa gangguan iklan.