Home Entertainment “Orang Tengah Buat Persembahan, Macam Tu Je Dia Suruh Berhenti?!” Persembahan IVE...

“Orang Tengah Buat Persembahan, Macam Tu Je Dia Suruh Berhenti?!” Persembahan IVE Dipaksa Berhenti

0

Semasa melakukan persembahan di The Fact Music Awards 2022, persembahan IVE telah terganggu. Susulan kejadian itu, ramai yang menuntut permohonan maaf daripada penganjur persembahan anugerah itu. Teruskan membaca untuk semua butiran.

IVE adalah salah satu kumpulan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat semasa The Fact Music Awards 2022. Bagaimanapun, kumpulan itu tiba-tiba diberhentikan daripada melakukan persembahan mereka oleh seorang kakitangan acara itu.

Ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan DIVE, yang kini menuntut permohonan maaf untuk kumpulan itu.

IVE memulakan persembahan mereka dengan tarian solo yang luar biasa daripada ahli Ahn Yujin dan Gaeul. Ia kemudiannya bertukar menjadi persembahan kumpulan dengan dua lagu mereka iaitu, “LOVE DIVE” dan “After LIKE.”

Persembahan bermula tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, semasa kumpulan itu membuat persembahan “After Like,” seorang kakitangan dilihat bergegas ke atas pentas dan memotong persembahan IVE.

Berikutan gangguan itu, IVE dilihat berjalan keluar dari pentas. Lampu dimatikan, dan penonton hampir tidak dapat melihat ahli melambai semasa mereka meninggalkan pentas.

Ada yang membuat spekulasi bahawa ia seperti sudah dirancang, kerana IVE tidak kelihatan terlalu terkejut dengan gangguan itu.

Penonton percaya bahawa The Fact Music Awards merancang untuk menyiarkan persembahan prarakaman untuk IVE selama ini.

Starship Entertainment's girl group IVE continues to show remarkable  response with its debut single ELEVEN

Ini mencetuskan perdebatan tentang kenapa IVE diminta untuk membuat persembahan secara langsung di pertunjukan anugerah itu jika mereka tidak dibenarkan untuk habiskan kedua-dua lagu itu.

Persembahan artis lain turut dipotong seperti TREASURE. Semasa TREASURE membuat persembahan, lampu tiba-tiba terpadam. Mereka masih menari apabila lampu tiba-tiba menjadi gelap.

Baca lagi: 9 Kumpulan K-Pop Ini Akan Tamat Kontrak Pada Tahun Depan…Termasuk BLACKPINK?

Baca lagi: Ahli Kumpulan Shinhwa, Hyesung, Ditangkap Selepas Polis Temui Dia Dalam Keadaan Begini!

Ramai yang menuntut permohonan maaf kerana tidak membenarkan IVE dan artis lain untuk menyelesaikan persembahan mereka. Dengan jadual yang padat, bukan senang nak hadir ke acara itu. Namun, akhirnya diperlakukan seperti itu.

Untuk pengetahuan, gadis itu telah membawa pulang anugerah “Artist of the Year” dan “Rookie of the Year”. Tahniah, IVE!

IVE Interrupted Mid-Performance—DIVEs Demand Apology From ‘The Fact Music Awards’