Home K - Pop Ahli Kumpulan Shinhwa, Hyesung, Ditangkap Selepas Polis Temui Dia Dalam Keadaan Begini!

Ahli Kumpulan Shinhwa, Hyesung, Ditangkap Selepas Polis Temui Dia Dalam Keadaan Begini!

0

Menurut media yang melaporkan berita ini pada 11 Oktober yang lalu, Hyesung yang merupakan ahli kumpulan Shinhwa (Jung Pil Kyo, 43) telah ditemui tidur dalam kereta yang disyaki kereta curi dan enggan melakukan ujian penafasan seperti yang diminta oleh pihak polis.

Pada awal pagi, polis di Stesen Seoul Songpa telah menerima laporan mengenai sebuah kereta yang terletak di tengah jalan. Ketika polis sampai di tempat kejadian, mereka dapati lelaki tersebut sedang tidur di dalam kenderaan dan meminta lelaki itu melakukan ujian pernafasan. Bagaimanapun lelaki tersebut enggan dan telah ditahan pada hari yang sama.

0ae10379352e45439581877846db459c.jpeg

Ketika itu, identiti lelaki tersebut telah disahkan, iaitu Hyesung daripada kumpulan Shinhwa, ketika di bawa ke balai polis berdekatan. Polis turut mendapati bahawa kereta itu merupakan kereta curi dan ada pengadu yang telah membuat aduan. Pemilik kereta itu memaklumkan bahawa, “saya tidak mengenali lelaki ini,” ketika ditanya mengenai hubungan nya dengan Hyesung.

Sementara itu, Hyesung pernah didakwa kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada bulan April tahun 2007.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Rapper Korea, Uneducated Kid, Cedera Ketika Cubaan Terjun Dari Pentas