Home Entertainment Rapper Korea, Uneducated Kid, Cedera Ketika Cubaan Terjun Dari Pentas

Rapper Korea, Uneducated Kid, Cedera Ketika Cubaan Terjun Dari Pentas

0

Rapper, Uneducated Kid dilaporkan mengalami kecederaan selepas gagal terjun ke atas penonton ketika mengadakan persembahan.

Ketika festival itu diadakan di Universiti Yeonsung, rapper yang berasal daripada Korea yang digelar Uneducated Kid, SUPERBEE dan ramai lagi persembahan lain. Pada hari kejadian, pelajar universiti sangat teruja ketika Uneducated Kid mengadakan persembahan. Walau bagaimanapun, Uneducated Kid telah bertindak dengan melakukan adegan yang menggerunkan apabila mencampak dirinya ke atas lautan penonton. Walaupun segelintir cuba menyambut penyanyi rap itu, namun segelintir pelajar cuba mengelak menyebabkan penyanyi rap itu telah jatuh ke atas lantai.

Walaupun bagaimanapun, nasib menyebelahi penyanyi rap itu apabila tidak menghadapi sebarang kecederaan, dan meneruskan persembahan dengan memberi simbol hati kepada pelajar universiti. Dia bagaimanpun telah bergerak ke belakang pentas dengan ditemani beberapa pengawal keselamatan. Insiden itu telah tersebar luas, menyebabkan beberapa netizen bertanya akan keadaan rapper tersebut.

“Adakah dia okay?”

“Budaya Korea tidak sama langsung dengan budaya hiphop.”

“Ini sangat kelakar!”

“Dia mesti sangat malu!”

Dan banyak lagi komen yang diberi oleh netizen. Untuk video lanjut, boleh lihat di bawah.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Spoiler Alert! Review Episod 1&2 ‘Glitch’ Lakonan Mantap Jeon Yeo Been & Nana