Home Entertainment Kos Perkahwinan Nam Goong Min & Jin Ah Reum Menjadi Bualan Hangat

Kos Perkahwinan Nam Goong Min & Jin Ah Reum Menjadi Bualan Hangat

0

Pada episod 13 Oktober ‘Entertainment Company Live’, seorang perancang perkahwinan mendedahkan kemungkinan kos perkahwinan Nam Goong Min dan Jin Ah Reum, yang berlangsung di Hotel Silla pada 7 Oktober lalu.

Menurut perancang perkahwinan itu, gubahan bunga itu mungkin lebih mahal, dengan berkata, “Hiasan itu boleh menelan kos antara 20 juta (RM65.2k) sehingga 30 juta Won (RM 97.8k).”

Namgoong Min and Jin Ah Reum Get Married in Seoul in Chic and Joyful  Wedding Ceremony

Dari segi hidangan, perancang menyatakan ia adalah sekitar 180,000 Won (RM 587) bagi setiap tetamu. Bagi pakaian Jin Ah Reum, “Ia berharga sekitar 7 juta Won (RM 22.8k) untuk pelanggan yang pertama memakai pakaian itu.”

Secara keseluruhan, perancang perkahwinan itu menganggarkan keseluruhan kos perkahwinan mereka adalah antara 100 juta Won (RM 326.1k) ke 200 juta Won (RM652.3k).

Baca lagi: Ravn ONEUS Dikecam Kerana Didakwa Meminta Peminatnya Hadiah Mahal

Baca lagi: Hwasa Tetap Mahukan ‘Ini’ Walaupun Terpaksa Susahkan Ahli MAMAMOO Yang Lain

Married To Jin Ah Reum, Nam Goong Min: Thank You Very Much

Senarai tetamu juga dikatakan sangat mengagumkan dengan tetamu seperti Jung Moon Sung, TVXQ, Park Shin Hye, Choi Tae Joon, Seo Hyo Rim, Junho 2PM, Heechul Super Junior, dan banyak lagi.

Sumber: [1]