Pelakon, Lee Jihan yang pernah menyertai Program Survival Mnet, ‘Produce 101 Season 2‘ disahkan antara mangsa yang meninggal dunia ketika tragedi di Itaewon, malam tadi.

Mendiang Lee Jihan telah meninggal dunia ketika rempuhan itu berlaku berhampiran dengan Itaewon-dong di Seoul pada 29 Oktober dan mendiang baru berusia 25 tahun. Beberapa rakan yang pernah bekerja bersama mendiang ketika ‘Produce 101’ musim kedua seperti Park Heeseok, Jo Jinhyung dan Kim Dohyun telah melakukan hantaran di laman sosial media masing-masing, yang mereka berduka dengan kehilangan salah seorang rakan mereka.

Mendiang Lee Jihan Ketika Menyertai Produce 101 Musim Kedua 

Upacara pengebumian Mendiang Lee Jihan akan dilakukan di Dewan Pengebumian di Hospital Myongji, dan pengebumian akan berlangsung pada 1 November.

Lahir pada tahun 1998, Lee Jihan mula muncul dia ‘Produce 101’ musim kedua yang bersiaran pada tahun 2017 dan turut berlakon dalam drama web, ‘Today Was Another Namhyun Day.’

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mendiang. Rehat dengan tenang, Lee Jihan.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Malam Halloween Di Itaewon Bertukar Duka 

Previous articleIjab Kabut, Siri Romantik Komedi Baru Viu Original Yang Boleh Ditonton Di Aplikasi Viu
Next articleDunia Hiburan Kpop ‘Terhenti’ Seketika, YG Entertainment Antara Agensi Ambil Tindakan Drastik Hormati Tragedi Itaewon