Home Kdrama/Kmovie Ijab Kabut, Siri Romantik Komedi Baru Viu Original Yang Boleh Ditonton...

Ijab Kabut, Siri Romantik Komedi Baru Viu Original Yang Boleh Ditonton Di Aplikasi Viu

0

Bosan dah tengok cerita sedih, kdrama? Ni nak kongsi sikit, korang boleh tonton juga pelbagai siri romantik komedi Viu Original di aplikasi Viu. Kalau korang suka kan sesuatu yang kelakar tapi dalam masa yang sama mencari cinta, meh tonton drama bersiri terbaru Viu Original, Ijab Kabut yang dilakonkan oleh Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie dan ramai lagi.

Drama romantik komedi ini baru sahaja ditayangkan di aplikasi Viu dan sudah pun bersiaran sebanyak 4 episod, jadi korang masih boleh layan drama ini, masih tidak ketinggalan jauh! Drama ini juga sangat mudah, jalan cerita yang sangat menarik, kalau dah tengok tu jadi tak sabar nak tunggu untuk episod seterusnya.

Ijab Kabut scaled

Sinopsis drama romantik komedi ini menceritakan tentang Deanna (Azira Shafinaz) yang mempunyai seorang sepupu, Tirah (Ezzaty Abdullah). Diaorang berdua ni selalu berlawan dari segi pelajaran, kerja, sampai lah satu hari tu, nenek mereka (Khatijah Tan) mencuba masakan yang dimasak oleh Deanna & Tirah, dan nenek telah kasi ‘greenlight’ dekat Tirah untuk berkahwin kerana masakan nya memenuhi citarasa nenek. Deanna pun apalagi, rasa tercabar lah! Deanna yang mempunyai tunang, Saiful (Kodi Rasheed) pun mula merancang untuk melangsungkan perkahwinan di Dewan Magika, dibantu oleh wedding planner terkemuka, Khai (Fadlan Hazim) yang juga merupakan rakan baik kepada Deanna. Mat (Iedil Dzuhrie) pula menyimpan cita-cita untuk menjadi penyanyi rakaman di bawah syarikat rakaman tempat Deanna bekerja. Sikap Deanna yang terlalu ‘Control Freak’ telah menyebabkan dia ditinggalkan oleh Saiful, yang sudah menemui wanita idaman nya, dan paling penting, tidak berperangai ‘perfectionist’ seperti Deanna. Impian perkahwinan Deanna mula terkubur, Deanna mula meminta bantuan rakan karib nya yang pernah berkomplot dengan Saiful, Rozita (Sarancak) untuk mendapatkan ‘stand-in boyfriend’ bagi menutup kisah perpisahan nya dengan Saiful.

Ijab Kabut Poster Vertical scaled

Sasaran Deanna ialah Khai. Sehingga satu hari, hantaran Deanna di Photogram telah menjadi ‘viral’, majikan Deanna telah memintanya untuk mendedahkan tunangnya di majlis pelancaran album Andi. Deanna telah meminta bantuan Khai, tetapi Khai tidak hadir dan Mat yang bersimpati dengan keadaan Deanna telah berpura-pura menjadi tunang kepada Deanna. Maka bermula lah, kisah cinta tiga segi antara mereka. Deanna mula di dalam dilema untuk memilih Khai atau Mat bagi menjadi pengantin sebenar di hari perkahwinan nya nanti. Apakah kesudahan drama ini?

Episod baru drama ini akan disiarkan setiap hari Khamis pada pukul 12pm. Drama Viu Original ini boleh ditonton di aplikasi Viu. Langgani pakej premium untuk menikmati drama atau filem kegemaran korang tanpa gangguan!