Korban angka kematian tragedi Itaewon meningkat kepada angka 149 kematian.

Jabatan Bomba Yongsan di Seoul mengesahkan angka kematian kini telah melonjak kepada 149 kematian dan 150 lagi cedera. Beratus mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan terpaksa dihantar ke hospital manakala 45 daripada mereka telah dihantar ke Gimnasium Indoor Wonhyor di daerah Yonsang.

Dalam pada itu, 19 dilaporkan mengalami kecederaan serius manakala 57 hanya mengalami kecederaan ringan. Pihak berkuasa didesak supaya melakukan pengecaman identiti bertujuan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 20-an.

Seoul telah meningkatkan jumlah bas dan keretapi untuk tujuan kecemasan pada ketika ini. Berdasarkan jumlah anggota polis dan bomba yang diarahkan untuk ke tempat kejadian, orang awam dinasihatkan melalui laman media sosial untuk segera pulang ke rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, ratusan ribu orang awam telah berkumpul di Itaewon bagi meraikan Sambutan Halloween pada malam minggu. Dikatakan, jumlah orang awam yang terlalu sesak telah menyebabkan ratusan mangsa mengalami jantung terhenti (cardiac arrest) ekoran daripada bersesak di tempat kejadian tersebut. Gambar-gambar mangsa sedang menerima bantuan CPR turut tersebar di laman sosial.

1667058870 itw

Salam takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa kejadian.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: ” Ratu Cantik ke Ratu Plastik? “

Previous article“Ratu Cantik ke Ratu Plastik?!” -Peserta Miss Korea Dikritik Kerana Lakukan Pembedahan Plastik
Next articleIjab Kabut, Siri Romantik Komedi Baru Viu Original Yang Boleh Ditonton Di Aplikasi Viu